NETWORK





RECENT STORIES

MONTHLY ARCHIVE



BLOGLOVIES






Raya Haji // Sakit Tekak
Friday, October 10, 2014 at 1:56 AM
Assalamualaikum
Memandangkan ada sikit masa yang terluang pada malam ni, Yasirah nak throwback sikit Raya Haji haritu. Raya Haji tahun ni jatih pada Ahad iaitu 5 Oktober 2014. Tahun ni lain sikit sebab tahun ni Yasirah and keluarga semua tak balik kampung macam biasa yang kami lakukan setiap tahun. Tahun ni raya Kalng. Hahahaha sebenarnya rasa lain kalau raya dekat Klang ni atau dengan erti kata lain tak rasa raya pun hahaha. Tapi raya tetap raya, baju kurung tetap kena gosok, baju melatu untuk 4 Kumbang di rumah ni pun malam raya Yasirah dah siap gosok.

Apabila pagi raya menjelma, seperti biasa, asal raya je tak boleh solat, asal tak boleh solat je raya hahaha nak buat macam mana kan, so Yasirah pun bangun tidur, mandi, siap lelawa then makan ketupat pulut, rendang daging, nasi impit dan kuah kacang. Semua mama yang masak. Oh yeah mama adalah manusia yang pandai masak. Arghhh bila aku nak belajar resipi pun tak tahulah. InsyaAllah akan rajinkan diri bila cuti panjang nanti hahaha

Lepas je habis makan semua, kita pun pergi rumah Mak Long dekat Sementa. Maklum lah raya kan, kenalah pergi menziarahi keluarga kan ? Then habiskanlah makanan dekat rumah diorang sekali. Wah Kak Sarah siap buat Orange Sponge Cake, sedap sangat dapat makan panas panas, Then kitorang bergambar ramai ramai. Semua buat muka muka kegembiraan ala kanak kanak ribena hahaha














Bila penat beraya, balik ke rumah then rehat. Tiba tiba abah punya plan kata nak karoake. Huu dah lama tak dapat menyanyi kuat kuat ni. Last masa malam raya AidilFitri haritu. Karoake punya lama sampai pukul 12 malam baru balik, suara dah tak berupa. Bisu setengah jam haaaa okaylah tak dapat nak cerita banyak, korang tengok jelah gambar :) K bye, nanti jumpa lagi. Assalamualaikum.








← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by yasiraashaari
Do you know ?Honesty is the best policy in life