NETWORK





RECENT STORIES

MONTHLY ARCHIVE



BLOGLOVIES






Puisi : Orang atas
Sunday, December 28, 2014 at 10:21 PM
Datang kembali tanpa disedari
Menyinari siang ku yang membeku
Menerangi malam ku yang mewangi
Dalam hati seseorang bernama aku

Walaupun sekejap dan seketika
Hati dah tak mampu menipu
Mulut dah tak mampu membisu
Bahawa aku jatuh cinta padamu

Kalau biru mampu menukarkan merah ke jingga
Begitu juga sayang kepada cinta
Daripada seorang kawan yang aku punya
Kini mungkin hatiku miliknya

Orang kata cinta tak boleh dibeli
Kerna ia mungkin tak lama dimiliki
Kalau cinta ku kini kau balas
Itu tandanya ku benar - benar ikhlas

Orang atas selalu nasihati 
Jangan buat drama hari - hari
Mungkin takut berubah hati
Serius sayang itu takkan terjadi

Kenapa puisi terlalu jiwang
Kerna fikiran selalu melayang
Pada orang yang aku sayang
Itulah sebab puisi ini dikarang

Nukilan tangan dari hati sendiri
27/12 - 28/12/2014



Puisi : Kembali
Monday, December 22, 2014 at 12:06 PM
Setelah lama ku harap akan hadirmu
Yang telah hilang lama dari hati
Sekarang dirimu kembali lagi
Hidupkan sayang yang dulu terpendam

Kehadiran mu beri asa baru dalam jiwa
Terasa indah dalam jalani hari hari
Dengan pikiran yang selalu tertuju padamu
Buat ku bahagia tak terungkap dengan kata

Ku genggam janji kita takkan menjauh
Kerna hati tidak akan rela lagi
Mengharungi situasi yang sama sekali lagi
Sayang, Jangan berubah.



Kerja dahhhh
Friday, December 12, 2014 at 9:14 PM
Assalamualaikum, huish dah lama tak on blog. Maaf lah ye, kesibukan mencari sedikit masa demi wang saku pada akan datang membuatkan diri ini kurang memberikan masa bercerita lagi. Hahaha yeayyyy kerja pun dah dapat, Alhamdulillah rezeki milik Allah. And yeah by the way ....

Hahahaha tapi sebenarnya bila kita dah besar ni, semangat nak sambut birthday tu memang terasa kurangnya, tapi kena sambut jugak memandangkan itu dah dikira macam tradisi lah hahah. Apa apa pun tahun depan 20, wuish angka tu macam mencabar je.

Setelah 11 hari bekerja, barulah ada masa sikit nak berblog ni kan, haaaa blog kali ini, yasirah nak tunjukkan kawan kawan Yasirah dekat sana. Ye kawan. Sembang, gelak semua sama sama. Menggila pun sama sama. Jadi sawan pun sama sama. And yes aku takkan lupa PROJEK dengan Farhan tu hahahaha siot !









← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by yasiraashaari
Do you know ?Honesty is the best policy in life