NETWORK





RECENT STORIES

MONTHLY ARCHIVE



BLOGLOVIES






Majlis Sumbangsih 2014
Wednesday, October 29, 2014 at 11:43 PM
Assalamualaikum, hai hai hai *lambai tangan*
Huishh busy belajar pun ada masa nak baca blog yasirah eh ? Wahhh satu pujian perlu diberikan ni, hahaha alhamdulillah tuhan masih lagi kita nyawa untuk kekal gila.

Ini ditujukan kepada semua junior 6 bawah yang banyak berjasa dekat senior 6 atas harini. Wahhh kemain lagi dengan menari, lakonan yang buat yasirah geli hati, semuanya nampak spontan hahah tapi apa apa pun, thanks sangat sangat, terharu pulak sejak sejak nak akhir akhir zaman persekolahan ni, haish rasa sedih pulak. Bukit Kuda adalah tempat paling best yang yasirah pernah sekolah. Perasaan sayang yang teramat sangat nak tinggalkan semua kenangan yang ada dekat sana.

Kenangan manis
Kenangan pahit haha lagi lagi kenangan gaduh dulu
Waktu tu macam budak budak baru nak up gaduh
Tunjuk gangster, tak sedar diri tu anak cikgu hahaha






Peluang ni
Thursday, October 16, 2014 at 1:29 AM
Peluang ini akan digunakan sebaik mungkin
Untuk cipta sesuatu yang bermakna
Untuk dilihat pada masa hadapan
Ye peluang buat gambar kelas dalam majalah
hahahahaha karya tu babe!
So, inilah yang mungkin akan dimasukkan dalam majalah
Kenapa black and white ?
Okay sebenarnya kita masih tak tahu sama ada berwarna atau tidak
Dengar cerita kami hanya dapat black and white sahaja



Hahaha agak kelakar bila wujud group ini di Wechat, group ni ditubuhkan cehh hanya untuk membincangkan isu majalah haha k yelah segala gambar yang diorang kasi Yasirah simpan walaupun tak masuk majalah, memang ada yang cakap Alaaaaa tapi apa yang Yasirah boleh buat kan, majalah kenalah nampak formal sebab semua orang tahu yang Pengetua SMKPBK agak cerewet dan kita perlu tertib dalam segalanya. Hmmm.


Bukan setakat rujuk kawan kawan, Yasirah banyak rujuk Puan Yon, my only mak dalam sekolah ahhh I cannot go lah macam ni hahaha kecomelan sangat. 





Raya Haji // Sakit Tekak
Friday, October 10, 2014 at 1:56 AM
Assalamualaikum
Memandangkan ada sikit masa yang terluang pada malam ni, Yasirah nak throwback sikit Raya Haji haritu. Raya Haji tahun ni jatih pada Ahad iaitu 5 Oktober 2014. Tahun ni lain sikit sebab tahun ni Yasirah and keluarga semua tak balik kampung macam biasa yang kami lakukan setiap tahun. Tahun ni raya Kalng. Hahahaha sebenarnya rasa lain kalau raya dekat Klang ni atau dengan erti kata lain tak rasa raya pun hahaha. Tapi raya tetap raya, baju kurung tetap kena gosok, baju melatu untuk 4 Kumbang di rumah ni pun malam raya Yasirah dah siap gosok.

Apabila pagi raya menjelma, seperti biasa, asal raya je tak boleh solat, asal tak boleh solat je raya hahaha nak buat macam mana kan, so Yasirah pun bangun tidur, mandi, siap lelawa then makan ketupat pulut, rendang daging, nasi impit dan kuah kacang. Semua mama yang masak. Oh yeah mama adalah manusia yang pandai masak. Arghhh bila aku nak belajar resipi pun tak tahulah. InsyaAllah akan rajinkan diri bila cuti panjang nanti hahaha

Lepas je habis makan semua, kita pun pergi rumah Mak Long dekat Sementa. Maklum lah raya kan, kenalah pergi menziarahi keluarga kan ? Then habiskanlah makanan dekat rumah diorang sekali. Wah Kak Sarah siap buat Orange Sponge Cake, sedap sangat dapat makan panas panas, Then kitorang bergambar ramai ramai. Semua buat muka muka kegembiraan ala kanak kanak ribena hahaha














Bila penat beraya, balik ke rumah then rehat. Tiba tiba abah punya plan kata nak karoake. Huu dah lama tak dapat menyanyi kuat kuat ni. Last masa malam raya AidilFitri haritu. Karoake punya lama sampai pukul 12 malam baru balik, suara dah tak berupa. Bisu setengah jam haaaa okaylah tak dapat nak cerita banyak, korang tengok jelah gambar :) K bye, nanti jumpa lagi. Assalamualaikum.





Insomnia
at 1:22 AM
           Insomnia atau tidak dapat tidur, adalah gangguan tidur di mana terdapat ketidakmampuan untuk tidur atau kekal tidur selama yang dikehendaki. Istilah ini kadang-kadang digunakan untuk menggambarkan gangguan ditunjukkan oleh polysomnographic atau keterangan actigraphic tidur terganggu, gangguan tidur ini sering dikatakan ditakrifkan sebagai tindak balas positif kepada salah seorang daripada dua soalan: "Adakah anda mengalami kesukaran tidur" atau "Adakah anda mempunyai kesukaran jatuh atau tinggal tidur?" 

          Insomnia boleh dikumpulkan ke dalam sekolah rendah dan menengah, atau comorbid, insomnia. Insomnia utama adalah gangguan tidur tidak boleh dikaitkan dengan punca perubatan, psikiatri, atau alam sekitar. Ia digambarkan sebagai aduan berpanjangan bermulanya tidur kependaman, gangguan penyelenggaraan tidur, atau pengalaman tidur bukan menyegarkan. Satu diagnosis yang lengkap akan membezakan antara berdiri bebas utama insomnia, insomnia sebagai sekunder kepada keadaan yang lain, dan rendah insomnia bersama mengerikan dengan satu atau lebih syarat-syarat.

--------------------------------------------------------------------------------------

Kenapa tiba tiba pulak ni nak cerita pasal Insomnia
Haaaa untuk pengetahuan korang, Yasirah jugak mengalami insomnia sejak sejak ni, mungkin sebab stress dengan exam dan masa tidur sangat sangat tak menentu sekarang ni. Tapi dari pengalaman sendiri lah, Insomnia ni memang buat kita tak boleh nak tidur, even dah pejam mata berangan pun still tak nak tidur, haish malam ni yasirah tidur ke tak pun tak tahu lah. Insomnia dah memasuki kepala ni hah, badan penat pun taknak tidur. Mohon semua ni berakhir cepat sebab Insomnia ni ada sedikit sebanyak mengganggu pelajaran. Serious babe. Bye






← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by yasiraashaari
Do you know ?Honesty is the best policy in life