NETWORK





RECENT STORIES

MONTHLY ARCHIVE



BLOGLOVIES






Ucapan raya nak lalu
Saturday, July 26, 2014 at 9:56 PM
Assalamualaikum buat semua kenalan.
Disini Yasirah nak ucapkan Selamat Hari Raya.
Kalau ada silap, harap maafkan.
Manusia yang takkan berhenti buat dosa.
Manusia sama sahaja. Naissssss hehe byeeeee



Kerja Ramadhan
Monday, July 21, 2014 at 5:33 PM
Hai assalamualaikum, harap semua sihat macam dinosaur
Gila macam mat mat rempit yang dah kurang rempit bulan bulan puasa macam ni, alhamdulillah rempit pun tahu cuaca panas gila. Rempit sudah insaf.

Okay  yasirah bukan nak cerita pasal rempit, tak tahu lah kenapa tiba tiba ayat rempit ni sedang berlegar legar ni kepala. Haha okay so seperti yang dalam tajuk entry yasirah, mesti korang dah boleh agak kan apa yang yasirah nak cerita ? Haaaaa jeng jeng jeng.

Okay, so sebenarnya hari tu adalah kerja dekat Jusco Bukit Raja, itu pun bukan apa, disebabkan ada kawan ajak dan memandangkan bulan puasa ni agak membosankan kalau duduk rumah je, so  ambil keputusan untuk bekerja di luar waktu sekolah. So sebab tu lah tak dapat nak update blog ni. Busy kerja hoho.

So dipendekkan cerita, 2 Julai, yasirah pergilah Jusco, niat hati nak mintak kerja lah ni, haaaaa baru nak survey tengok ada ke muka kakak promoter yang berani ku tanya, sekali terjumpa dengan ROCK. Haaaa siapa pulak rock ni ? Haaaa rock atau nama asal dia Aishah adalah senior aku yang kira aku minat suara dia dari dulu, suara dia serak serak basah, sebab tu aku panggil nama dia rock hahaha lagipun kitorang sekolah sama dulu. Then bila dah terseremak dengan dia ni, yasirah pun apa lagi menggunakan peluang yang ada, suruh rock je yang tanya kan, yelah dia dah lama dekat situ. Then dia pun terus bawa yasirah pergi dekat tempat KIKO, wahhh kerja kanak kanak haha. So semestinya dapatlah kerja tu, kalau tak yasirah tak cerita ni hihhi. Esok mula kerja, siap bagi T'shirt KIKO, yeahhhh semangat.

Hari pertama, yasirah jumpa lah beberapa orang tapi tak tegur sangat. Hari pertama kerja sama macam hari pertama masuk sekolah baru, takkan tegur manusia manusia yang kau tidak kenali. Kau akan mendiamkan diri di penjuru dinding. Hahaha so hari kedua pun tak banyak yang menarik, biasa jelah. Tapi yasirah kenal dengan Botak! Botak adalah seorang budak tingkatan 4 yang kerja dekat situ, dia punya muka matang jugak lah tapi masuk air, mula mula cakap dengan dia sakit hati, sebab dia asyik main main bila bercakap. Tapi lama lama masuk air jugak lah diri ni, gila sama. Hahaha

Then hari ketiga, disebabkan kena jaga Fair KIKO yang berada di bawah, yasirah kenalah turun sebab takda orang nak jaga, so dapatlah kenal manusia baru. Manusia yang dimaksudkan adalah Kak Mis yang muka macam nak makan orang tu, Mei yang dah ada anak sorang, Nazreen yang perasan muda gelar diri adik hahahaha tapi takpa dia adik yasirah k, Rafi budak yang 24 tutup mulut mengalahkan perempuan, Budak yang pakai baju batman, Boboi atau aku panggil dia "Azri", jangan tanya kenapa, suka hati aku lah :P hehe  Ain budak Cheetah yang 24 jam aku kena ada depan mata dia kalau tak dia susah hati, Paan yang muka jambu dengan Girlfriend dia yang sah sah adik sahabat sendiri, beberapa budak kasut perempuan tu entah apa lah nama, dia tu kerja mengganggu bila nak keluar pintu, tapi seronok dapat speaking Kelantanese dengan dia hahaha haishhh dan ramai lagi lah, tak dapat nak listkan semua, sebab ramai sangat, semua department yasirah ada kawan hehe biasa lah yasirah kan ...

So, sepanjang yasirah kerja sana, yasirah banyak kerja sampai malam, sekali je ada morning, yang lain semua jadual after, so disebabkan dengan tu, yasirah kenalah berbuka dekat sana, haishhh sedih bila cakap pasal berbuka ni, bila tak berbuka dengan keluarga kan. Tapi takpa, kawan kawan yang sentiasa menemani ada selalu di sisi cehhh tapi sekarang yasirah dah berenti dan mula merindui diorang semua. Okayyy dah dah sampai sini je, ada banyak lagi, tapi biarlah menjadi kenangan di hati bye bye assalamualaikum.




Dulu MH370, Sekarang MH17
Saturday, July 19, 2014 at 10:21 AM
Gambar Pesawat MH17 Ditembak Jatuh Terhempas di Ukraine – Rusia. Malaysia Airlines (MAS) Menjadi “Pemain Utama” Nahas Penerbangan Dunia! Di bulan Ramadhan yang mulia ini Malaysia sekali lagi dihidangkan dengan satu ujian besar bagi warga Malaysia Airlines (MAS), kerajaan Malaysia, rakyat Malaysia umumnya dan paling berat berita untuk dihadapi pastinya kepada keluarga mangsa MH17 Malaysia Airlines MAS.

Berita MH17 terhempas di Ukraine begitu mengejutkan, amat dahsyat dalam sejarah….penerbangan dunia dan sekali lagi Malaysia Airlines (MAS) “terpaksa” menerima hakikat menjadi pemain utama dalam nahas yang mana seramai 43 rakyat Malaysia yang terlibat dalam tragedi pesawat MH17 ditembak jatuh terhempas di Ukraine.

Walaupun pesawat MH17 MAS Malaysia Airlines diistiharkan selamat untuk dilalui oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, tetapi nahas buruk pesawat MH17 ditembak jatuh terhempas di Ukraine tetap berlaku.

Di pihak Malaysia setakat ini, Berita semasa dimaklumkan daripada 298 penumpang kapal terbang Mh17 Malaysia Airlines MAS ini 43 orang adalah rakyat Malaysia termasuk yang lebih menyedihkan apabila terdapat 2 bayi terlibat dalam nahas pesawat MH17 ditembak jatuh terhempas di Ukraine – Rusia yang mana anda boleh semak butiran senarai penumpang pesawat Mh17 Malaysia Airlines
 
Keadaan sekarang ini lokasi kejadian di Ukraine, begitu banyak mayat penumpang MH17 MAS Malaysia Ailines hangus dijilat api dan dilihat bergelimpangan dari lokasi pesawat MH17 ditembak jatuh terhempas di Ukraine – Rusia. Manakala ekor kapal terbang MH17 MAS telah berjaya dikesan di ladang jagung berdekatan.

Gambar pesawat yang dapat dirakamkan selepas terhempas.



Hampir seluruh surat khabar di dunia memaparkan berita terkejut ini.























← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by yasiraashaari
Do you know ?Honesty is the best policy in life