NETWORK





RECENT STORIES

MONTHLY ARCHIVE



BLOGLOVIES






Aku mengalah !
Tuesday, August 27, 2013 at 2:17 PM

Bukan semua perkara akan kita laksana. bukan semua perkara akan kita dapat. bukan semua perkara harus ikut telunjuk sendiri. bukan semua perkara terlalu mengikut telunjuk orang lain. sebab itu perlunya tolak ansur dalam semua perkara yang di lakukan.

Ok, memang lah kita perlu mengalah untuk sesetengah perkara. tapi, kita ada hak untuk mempertahankan kemahuan atas alasan, itu adalah milik kita. milik mutlak. bukan milik orang lain bahkan bukan milik orang perlu kita mengalah sekejap tadi. hmm, ayat Yasirah dah tunggang langgang. bukan apa, bila sebut pasal hak, pasal harta milik sendiri, isu sensitif la jugak.


Kurang senang bila orang lain nak atur hak milik kita. sudah terang terang itu hak milik mutlak kita. kalau nak di ikutkan kata hati, mahu saja ikut kehendak sendiri. tapi bila di fikir, salah seorang harus mengalah. kan?


Mengalah untuk kebaikan bersama. walaupun hati tak rela..

Mengalah selagi mampu bertahan 
 
Puaskan saja hatinya. Jangan biar dia berfikiran buruk. Walaupun hati sendiri terluka. kelak pasti ada hikmahnya.


-----------------------------------------------------

p/s: Nak pinjam barang atau harta orang tu tak salah, tapi biarlah dengan keizinan tuannya dulu, jangan nak pakai bedal je barang orang :) Kita pun tak suka kan kalau barang kita diambil orang ? So fikir fikirkan laa :) Bye, Assalamualaikum :)



SEUNGRI Gotta Talk To U
Thursday, August 22, 2013 at 8:01 PM





Tiada secantik
at 4:14 PM

Tiada yang didalam dunia ini yang tidak cantik,
semuanya cantik belaka,
wanita dan juga jejaka,
sama sahaja cantiknya.

12/12/12,
Tarikh yang orang kata paling cantik,
kerana bulan membentuk dengan sungguh indah dan lawa sekali,
bak kata zahiril,
"matahari siang tampan,malam bulan lawa.sepadan"

Senang cerita,
hampir kesemua benda di dunia ini cantik,
tidak kira yang bernyawa mahupun tidak.
ia tetap cantik kerana ia ciptaan pencipta.



Always Together ...... never seperate
Tuesday, August 20, 2013 at 3:33 PM

We are always together
even though we are apart
Though distance may be between
we are never separate in heart

For when we are together
we make beautiful memories
So we are always close
even through mountains, vales, or seas

Through the gentle whisper of breeze
or stars on a moonlit night
Our love talks to our hearts
with words made just right

Our hearts are always one
though they may be two
You are always here with me
as I am always there with you



Sahabat yang hilang
Sunday, August 18, 2013 at 1:17 PM
 
Disini ..
Sepiku mengingatkanku kembali pada 1 kenangan.
Tentang indahnya kebersamaan,
Walaupun hanya tak sampai sebulan,
Tapi seperti bertahun tahun mengenalimu,
Kau suka menarik telingaku jika aku membuat salah
Memberi nasihat yang tidak henti-henti
Kau mengajarku erti persahabatan dan
Tentang sedihnya perpisahan
Tak terasa kini kita telah jauh
Rasanya baru kemarin kita berbagi tawa dan tangis

Tapi kini ..
Hanya berupa segenggam debu penuh makna.
Aku rindu dengan senyummu
Aku rindu dengan ketawamu saat kita makan bersama
Maafkan aku yang kiranya tak sengaja telah menyayat hatimu.
Dan tersenyumlah seindah senyum yang pernah kau tebarkan.
Seindah kebersamaan kita
Aku berharap dapat bertemu dengan mu lagi
Kerna banyak yang ingin ku ceritakan

Sahabat yang hilang, karya sendiri.



Lost world of Tambun !
Friday, August 16, 2013 at 6:33 PM
Assalamualaikum :) Hai guys :) 
Entri kali ni, Yasirah nak cerita pasal Raya Kelima :)
Haaaaa pada siapa yang baca tajuk entri,
tahu laa apa yang Yasirah nak cerita :) *tarik nafas* *hembuh*
Ehh terlebih hembus pulak :) Habis skrin laptop ni :) 
*Ambik tisu* *lap lap lap sampai kilat* hehehe gurau je

Seperti biasa, raya kelima dah tak rasa macam raya :)
Hahaha bila sedara semua dah balik rumah masing-2,
Tinggal laa kami sekeluarga je :( Sedih kan ? 
Dah la kami orang terawal balik kampung,
Kami jugak orang terakhir yang ditinggalkan :( Sobb sobb

                   Malam sebelumnya abah ada cadangkan nak pergi
                   Lost World of Tambun :) Sebab bosan duduk dekat kampung.
                   So nak atau taknak kena jugak laa pergi jugak :)
                   Takkan nak jadi tunggul je dekat kampung tu :) hehe

Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, senang hati
Minum kopi, cicah roti lalalala ~ hahaha korang nyanyi ye :)
Hahahaha kelakar la korang ni :D Perjalanan ke sana
mengambil masa dalam 1 jam setengah mungkin :) Sebab

Tapi sebelum pergi Tambun, abah singgah Ipoh
Makan dekat Mastan Ghani :) Perghhh sedap ~
Orang perak mesti kenal Mastan Ghani punya laaa,
Famous in the Perak gua cakap sama lu :)

Sampai je sana, tangkap gambar sikit, beli tiket, 
simpan barang dalam locker, tukar baju mandi, terus TERJUN ! 
hahaha serious ni yang kitorang buat bila dah sampai :) 
Haha agak gelojoh pun ada hehehe :)



Lepas puas mandi, tukar baju kering & bermula laa Pengembaraan Yasirah !
Mula mula, pergi tengok Tiger :) Ada 2 ekor hoh :) Mungkin 
seekor jantan & seekor betina :) haha, then kitorang pergi main 
buaian pusing pusing tu . alaaaa tak extream pun untuk orang yang
berani macam saya ni *kembang hidung* -,- hahaha

Then, kami main roller coaster , masuk gua, naik atas gajah batu,
mendulang bijih timah :) Yang paling terkejut bila jumpa cafe dalam gua :)
Pelik kan ? Pelik tapi benar guys :) Haahahahaha 

PERSEKITARAN LOST WORLD OF TAMBUN :)








KENANGAN DIRI SENDIRI :)






My family :) Hahaha ada sorang lagi, 
tapidia tengah ambik gambar ni :) hehehe

Habis je teroka semua tempat, kami pun balik laaa,
takkan nak duduk situ kowt :) haha masuk je dalam kereta,
semua pengsan laa, kecuali driver "abah" laa, kalau
abah pun pengsan, tak tau nak cakap laa :) Hahaha
Sampai disini saja :) Assalamualaikum :) Bye bye *lambai tangan*



Last Ramadhan
at 5:17 PM
Assalamualaikum semua :) Hye guys *senyum sampai telinga*
HAHAHA. Alhamdulillah sampai jugak Yasirah dekat rumah ni :)
Rindu sesangat dengan katil dan bantal :-* macam rindu kekasih laa,
Hahaha , okay so korang semua apa khabar ?
Raya balik kampung tak ? Mesti balik kan :)
Haaaa sapa kampung dia dekat Perak ? :) Kita GENG !

             Bangga jadi anak orang Perak ni :)

Raya , raya, raya, takda apa yang boleh dikatakan selain
daripada ketupat, rendang, lemang, kuih raya , haaaaa yang paling
penting DUIT raya ! Semua nak ni je kan kan ? Mengaku jelaa :) Hahahaa

           Semua orang kejar benda yang sama :)

Kami bertolak balik hari ahad (4 August 2013), kami ke kampung
mama dulu, memang setiap tahun menjadi kebiasaan, balik kampung
mama dulu, sebab nak kemas kemas, rumah tinggal paham paham jelaa.
Tapi rumah tu cantik k :) Bukan macam rumah hantu hehehe :)
Dan seperti biasa, balik sana kenalah kemas rumah, langsir dan sarung
kusyen kena tukar :) Agak penat tapi seronok sangat :)

Dah siap semua, kami pergi beli barang dapur ,
Al-maklumlah rumah tinggal, apa je ada, kayu adalah :)
Kami pergi TF Batu Gajah :) Haaaa sapa yang duduk or kampung
dekat situ, tahu laa kan :) Ala ala TESCO macam tu :)

            Oleh kerana mama tak sempat nak masak.
            kitorang pun berbuka dekat luar je , Hahaha :)

Second last puasa pulak, Azwar's birthday *adik lelaki yang paling manja* :)  
So, walaupun masa tu puasa, kena jugak celebrate :)
Karang menangis tak berlagu dia :) Hhahahaha *gelak jahat*

Tengok tu, sibuk dengan Pizza dia -,-"
Btw, Happy Birthday adik :)
Make sure you get 5A's in UPSR !

            Setelah 4 hari berbuka kat kampung ,
            Tiba laa malam raya yang meriah gila !
            Kalah tahun baru cina ouwlss :) Hahaha

So, inilah gambar yang sempat kami rakamkan :)





So, ni laa serba sedikit pasal ramadhan terakhir dekat kampung
tahun ni, Harap dapat jumpa Ramadhan tahun depan :)
Assalamualaikum ~



# Selamat Hari Raya !
Sunday, August 4, 2013 at 4:41 PM
Wow, nampaknya lagi beberapa hari bulan Ramadhan akan pergi,
dan akan datangnya bulan Syawal. Pemergian Ramadhan akan dirindui,
dan kedatangan Syawal disambut dengan rasa kesyukuran <3

# Selamat hari raya aidilfitri ! Maaf zahir batin ! 


Rasanya masih awal untuk mengucapkan hari kemenangan ini. 
 Namun dalam kegembiraan ini, terselit kesedihan untuk 
meninggalkan bulan penuh keberkatan iaitu Ramadhan. 
Semoga kita akan berjumpa lagi dengan Ramadhan tahun akan datang. InsyaAllah .
 
# Sekejap lagi Yasirah akan pulang ke kampung :)
   Tak tau la balik ke sini bila :)
 
God bless each and everyone of you.
Drive safe and have a safe journey home to your hometowns.
May you be blessed with your loved ones ! ~



Pantun Raya untuk semua ~
at 12:22 PM
Membeli mercun di Kedai Pak Ali,              Membeli diesel di kedai Ah Seng,
Bermain mercun di tengah padang,              Untuk diisi di dalam pelita,
Bila bermain bising sekali,                           Baik si skema mahupun samseng,
Di kejar Pak Abu dengan parang.                 Mohon ampun maaf dipinta.

Pulang ke kampung di pagi raya,                 Bile nak raya tertanya-tanya,
Kampung terletak di Taman Kemboje,        Tiada anak bulan, maka rayanya lusa,
Mendapat sampul di pagi raya,                    Banyak bicara banyak dosanya,
Eh Pak Ngah, 2 ringgit je?.                          Wahai rerakan, maafkan saya.

Sang Teruna berbaju melayu,                       Lapar puasa terketar-ketar
Sang Dara berbaju kebaya,                           Bila berbuka lega rasanya
Wahai si gadis yang ayu                               Kad raya tak sempat nak hantar
Jom kahwin lepas raya.                                Hantar SMS dah kira grand la.

  Anak Dolah makan lepat,                              Lemah lembut tuan puteri
Makan lepat sambil melompat,                     Berkain cindai cantik dipandang
Nak hantar kad raya dah tak sempat,            Meriah menyambut Aidilfitri
Pakai MMS pun kira ok what?                     Sahabat handai datang bertandang

Udara dingin hening pagi,                            Aidilfitri hari kemenangan
Tabuh bising mulakan hari,                          Kejayaan menempuh halangan
Aidilfitri menjelma lagi,                               Mengenali erti kesenangan
Masing-masing pakai berseri,                       Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan,                               Cincin disarung hati berdebar
Menghapus kesalahan sesama insan,           Jarinan lembut wajah terhias
Memupuk perpaduan sesama ehsan,            Ramadan disambut penuh sabar
Mengikat tali keakrapan.                              Aidilfitri disambut dengan meriah

Saidina Affan menyusun kata,                      Kad ucapan penganti diri,
Tutur peri yang aulia,                                    Semoga berbahagia di aidilfitri,
Maaf-bermaafan sesama kita,                       Kepulangan perantau dipagi raya,
Di Aidilfitri yang mulia.                               Menyambut syawal bersama keluarga.

Sungai disusur sehari-hari,                           Disisir diandam dengan cekap,
Dalam gelap menangkap ikan,                     Potong rambut pelbagai gaya,
Kami menyusun sepuluh jari,                       Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Salah dan silap harap maafkan                    .Kita menyambut Hari Raya.

Negara kita aman sentosa,                            Masak udang dan gulai ketam,
Jangan dilupa orang terinyanya,                   Pembasuh mulut kuih keria,
Makan sudah baju bergaya,                          Berbunyi mercun berdetum detam,
Orang fakir jangan dilupa.                            Riang gembira dihari raya.

Adik tersayang segak bergaya,                    Menyeberang lautan melintas negeri,
Mengait kuih di atas para,                           Terbang jauh dari Itali,
Suasana riang di hari raya,                          Datuk nenek muka berseri,
Bermaaf-maafan riang gembira.                 Anak cucu telah kembali.

Gua Niah pintunya lebar,                             Memukul gendang pelbagai gaya,
Dayak dusun jadi penjaga,                           Amat meriah riang gembira,
Datuk nenek tidak tersabar,                          Ramai bertandang di hari raya,
Kuih tersusun di atas meja.                          Tersenyum riang sanak saudara.

Puasa itu satu perintah,                                Hari raya hari yang berkat,
Oleh Allah yang maha perkasa,                   Bermaaf-maafan sesama saudara,
Perintah itu jangan dibantah,                       Hai manusia bulatkan tekad,
Wajibnya itu pada yang berkuasa               .Perintah Allah laksanakan segera.

Hari raya hari yang berkat                           Sehari sudah lesu berpuasa,
Bermaaf-maafan sesama saudara,               Hidangan berbuka sudah tersedia,
Hai maknusia bulatkan tekad,                     Jangan kamu membazir masa,
Perintah Allah laksanakan segera.               Mulai beribadat semasa belia.

Dingin di perigi waktu pagi,                        Sebulan genap kita berpuasa,
Berkokok ayam ditengah laman,                 Semoga digolongkan pada orang berjaya,
Aidil fitri menjelma lagi,                             Diperintah sudah oleh Yang Berkuasa,
Tamatlah ujian bagi yang beriman.             Sesudah berpuasa kita beraya.

Lemah lembut tuan puteri,                          Udara dingin hening pagi,
Berhias pandai cantik dipandang,               Tabuh bising mulakan hari,
Meriah menyambut Aidilfitri,                     Aidilfitri kini menjelma lagi,
Sahabat handai datang bertandang.             Masing-masing pakai berseri.

  Tanpa mengira miskin kaya,                       Aidilfitri hari kemenangan,
Pangkat kedudukan hamba bernyawa,        Kejayaan menempuh halangan,
Sama-sama menyambut raya,                     Mengenali erti kesenangan,
Maaf-maafan dihari bahagia.                      Bagi mereka yang kekurangan.

  Aidilfitri hari kemaafan,                              Buah pauh di tengah bendang,
Menghapus kesalahan sesama insan,          Jadi dagangan di tengah kota,
Memupuk perpaduan sesama ehsan,           Saudara jauh datang bertandang,
Mengikat tali keakrapan.                             Bermaaf-maafan sesama kita.



Iftar with le' girls
Saturday, August 3, 2013 at 12:02 PM
Assalamualaikum uowlss *kelip kelip mata*
*Tarik nafas* *Hembussss* Okay okay, entri Yasirah
hari ni nak cerita pasal Iftar, haaaaa cakap pasal iftar
semua duduk terpikir pasal makanan,
nyum nyumm woo sedap, meleleh ~ *tadah baldi*

So, dipendekkan cerita , Khamis bersamaan 1 Ogos 2013
Saya, Aida, Fairuz & Shasa keluar BER-iftar :)
Nak tau dekat mana ? Nak tau ke ni ? Betul ni ? haha
okay kitorang iftar dekat Johnny's Restaurant :)

And untuk semua yang tak tau,
Johnny's Restaurant tu kalau nak iftar sana
kena tempah meja sehari sebelum hari yang
awak nak BER-iftar tu, sebab sana ramai gila yang
nak makan , so kena laa booking awal :)
Kalau tak , melepasssss ~ haha

So , kitorang pun dah booking sehari sebelum,
pada hari kejadian, punya la semangat saya & Fairuz
dah rempit dulu pergi Jusco :) Pukul 6.15 petang dah sampai
yang lagi dua orang ? Huhh lambat laa, apa lagi kan :)

Sebelum nak berbuka, kitorang sempat laagi tangkap
gambar sama - sama , haa macam yang bawah tu laa :)
Tengok je tau, jangan nak kelip kelip mata dekat kitorang :)

Ni bergambar dengan sorang member lama :)
Terkejut jugak dapat jumpa dia dekat sini :)

Pantang nampak cermin ! *click*

Ehh awat ciq rasa nak gelak tengok
gambaq ciq ni :) *tergolek*

Akhirnya, kami masuk restaurant nak berbuka,
satu per satu hidangan sampai atas meja,
mula mula air, lepas tu main dishes kitorang
tergugat sebenarnya, tapi semua control ambik bau je :)






Hahaha , tunggu punya tunggu, kami sempat bergambar lagi :)
Asyik bergambar je , sampai baterry phone nak dekat low !


Aida dah semangat nak makan sebenarnya tu :)

Akhirnya berbuka la jugak kami :)
Dengar je azan, semua dah siap tadah tangan,
tapi "Sapa nak baca doa ni ? Sapa ?"
So, saya pun baca laa bila dah tengok semua macam 
malu nak baca *malu ke taknak* hehehe
Dah makan, sekarang dessert pulak :)
Chocolate ice-cream , hmmmm yummy :)


Fairuz & Yasirah *makan ada gaya tu*
Nak tunjukkan betapa sedapnya letuw :) Hahaha

Setelah kenyang, perut pun dah penuh, 
kitorang just duduk- duduk, borak-borak *tak larat nak bangun*
Hahaha then kami pergi buat window shopping :)
Sekejap je, sebab Cik Fairuz dah ajak balik, 
So, kena laa ikut, takkan nak kasi dia balik sorang !

Thanks to all my GENG !
I enjoyed our Iftar :)
Next time kena buat lagi tau,
Bye, Assalamualaikum ~~ *lambai tangan*



Welcome August
Thursday, August 1, 2013 at 2:12 PM
Alhamdulillah , hari ni saya masih dapat bernafas di muka bumi ini.
Dan hari ini kita telah masuk bulan baru , Yeayyy !
Iaitu bulan August. tup tup , dah masuk bulan 8.
Lagi 7 hari pulak nak raya :)
terasa sekejap sahaja masa berlalu kan ? Hahaha



           Btw , Selamat tinggal bulan Julai!
           dan Selamat datang bulan Ogos ! muahaha.






← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by yasiraashaari
Do you know ?Honesty is the best policy in life