NETWORK





RECENT STORIES

MONTHLY ARCHIVE



BLOGLOVIES






Tunduk
Wednesday, August 13, 2014 at 10:48 PM
Tunduk
Manusia yang lemah dilihat
Oleh manusia yang tidak sedar akan nyata
Manusia hanya mata
Melihat apa yang dinampakkan
Bukan merasa apa yang dibutakan

Tunduk
Bukan untuk menyerah kalah
Bukan kerana manusia lemah
Bukan untuk merelakan semuanya
Tapi kerana tidak mampu

Tunduk
Tidak mampu melihat kesakitan
Tidak mampu menempuh lama
Tidak mampu mengingat memori
Kerana yang buruk senantiasa di depan

Tunduk
Tidak akan lama
Kerana tengkuk juga tahu sakit
Akan dinaikkan kepala suatu hari
Bagi menghilangkan lenguh
Sebelum menunduk kembali
Melihat bumi

Nukilan : Nuryasirah Ashaari



Temasya Sukan Sekolah 2014
Sunday, August 10, 2014 at 11:26 AM
Hai guys, assalamualaikum.
So macam mana raya ? Hari ni dah 14 Syawal right ?
Dah berapa banyak kumpul duit raya ?
Hmmm yasirah pun takda lah banyak sangat
Kalau setakat nak downpayment motor sebijik lepas lah
Cehhhh hahahahaha

Semalam, 9 Ogos 2014, berasamaan dengan Sabtu ada  Temasya Sukan Sekolah 2014, haaa kalau dulu Yasirah akan bolot semua acara, but now dah expired semua acara tak boleh masuk dah hahaha tapi cuma sebagai pembantu utama dekat belakang ni. Bangun je pagi, abah yang kejutkan, abah yang hantarkan pergi Stadium, semua abah lah. Then sampai je, semua orang kena angkat barang dan susun dalam stadium. Belum apa apa cikgu dah kasi tugas, warming up katanya. Siap je terus acara perbarisan dimulakan, waktu ni kerja Yasirah berdiri depan stadium untuk tangkap gambar semua kumpulan perbarisan tu, haaaa tengok depan depan lagi extream kan ?

Then acara macam biasa, acara lari lari lah, semua peserta macam ada yang takut, ada yang excited, ada yang macam nak tarik diri dan macam macam lah. Tapi semuanya okay. Cuma biasalah acara lari macam ni, kalau tak warming up betul betul, mulalah ada yang pengsan lah, jatuh lah, kejang lah, dan bermacam macam lagi. Kalau dulu yasirah akan jaga masa orang yang lari tu, tapi tahun ni Yasirah diberi tanggungjawab untuk uruskan acara sukan guru. 100% atas bahu sendiri. Haaaa so setelah berjumpa dengan ramai guru untuk bertanyakan pendapat akhirnya kata putus telah dibuat dengan melaksanakan satu acara yang belum mana mana pelajar buat sebelum ni untuk guru mereka iaitu acara jalan kaki. Hahaahahaaha ramai yang jalan kaki macam itik semalam. Serious kelakar macam nak mati. Tapi sebagai orang yang penting, yasirah akan berlari sana sini untuk biarkan acara ni berjalan lancar seperti yang diinginkan. Alhamdullilah





























Balik je terus tidur kejap, then pergi open house sampai 5 dibawak sampai ke malam, sampai perut pun dah ada 5 layers hahahah. Tapi apa apa pun thanks to Fairuz and jiran jiranku sebab kasi makanan yang sedap sedap. Lain kali buat open house lagi k hehe

So sampai sini jelah. Banyak open house yang kena pergi ni. Bye



Gaya Ala Cikgu
Tuesday, August 5, 2014 at 4:48 PM
Assalamualaikum.
Banyak cerita, tak tahu nak kata.
Kang dah mula, lambat pulak habisnya.

Harini 5 Ogos 2014
Apa yang istimewanya ?
Takda pape yang best pun.
Cuma nak cerita lah sikit sikit
Sebelum akal yang padat mudah lupa,
Baik kita kasi keluar harini jugak kan. 

Okay, disebabkan hari ni sekolah Yasirah ada saringan bagi Temasya Sukan Sekolah 2014, cikgu cikgu banyak yang takda, majoriti pergi stadium bagi menguruskan hal di sana. Jadi, disebabkan kita ni kan senior yang paling besar dekat sekolah, kitorang semua form 6 ditugaskan untuk menjaga kelas yang telah ditetapkan oleh sorang cikgu ni. Nak mention nama pun bukan ingat sangat. Tapi dialah yang kasi jadual suruh kami semua jaga kelas.

Kelas pertama yang Yasirah jaga ialah kelas 5V5, walaupun kelas dia dikira kelas belakang tapi Alhamdulillah semua baik baik belaka, senyap je kelas, senang nak jaga. Mana tak nya kalau hampir semua bantai tidur, kalau ada yang nak bersembang pun, suara kecil je. Actually nampak lah yang walaupun kelas belakang, tapi agak sopan di pandangan.

Kelas kedua, kelas 3 Amanah. Hahhh bagi yang tak tahu lah, kelas 3 Amanah ni kelas yang paling teratas lah, kebanyakannya pelajar yang bijak sana sini. Mula mula nak masuk, dengar suara cikgu, wahhh ingatkan tak payah lah jaga kelas tu sebab ada cikgu yang masuk. Tup tup bila dah nak dekat depan pintu kelas diorang, dengarlah suara ramai pelajar ucap "TERIMA KASIH CIKGU" Adoyai gua kena masuk jugak lah jawabnya. Melangkah sahaja satu kaki, kelas 3A yang bising tu jadi senyap gila ibarat malaikat lalu. Wahhh kalau cikgu masuk kemain bising lagi, kalau kakak form 6 masuk terus jadi diam, sunyi macam gua. Hahahaha. Nak masuk tu pun, kenalah buat muka tembok kejap. Pabila semuanya memandang dengan kehairanan, then Yasirah pun cakaplah "Ehh jangan lah senyap, awak boleh buat kerja awak" Then barulah okay kelas tu. Tapi okay dia hanya 10 minit terawal, lepas tu wooooooooooo jadi PASAR MALAM, bising gila lah, padahal ada 28 orang je, bukan banyak sangat pun tapi bising dia Tuhan je tahu. Tapi apa boleh buat, budak budak kan, lantak jelah diorang nak bising pun, sebab dulu diri sendiri pun bising kan hahaha. So sambil sambil jaga diorang, Yasirah keluarkan lah novel seram, hmm boleh lah menahan mata daripada mengantuk. Hahaha

Habis je menjaga bebudak tu, jam dah menunjukkan pukul 1.00 petang, disebabkan ada latihan pemilihan Bola Jaring, terpaksalah menunggu. Panaskan badan, belajar sikit sikit taktik main dan selesai. Tapi takkan ku lupakan, tadi jatuh tergolek angkara nak tangkap bola. Dah lah pakai baju sekolah je, jatuh macam nangka atas padang. Tapi macam tilam, serious cakap babe.

Dah dah, sampai sini je dulu. Bye, Assalamualaikum.



Raya 2014
Friday, August 1, 2014 at 10:36 PM
Assalamualaikum semua, Selamat Hari Raya buat semua yang mengenali diri Yasirah atau sesapa jelah, Haaaaa bukan semua orang kita kenal kan, tapi mungkin semua orang kenal kita. Okay daripada Yasirah melalot cerita benda yang bukan bukan ataupun benda yang out of the topic, haaaa baik kita mula mula senyum dulu, haaa senyum la cepat, Ya Allah kenapa susah sangat nak senyum ni ? Haaaaaa kan comel tu, hadoi tergoda lah pulak dengan senyuman tu haishhh

Semua orang dalam Malaysia ni tahu, malah mungkin yang luar negara jugak bahawasanya Malaysia adalah satu satunya negara yang ada tradisi Balik Kampung ni. Kenapa negara lain takda ? Jangan tanya kitalah, memang tak tahu jawapannya, mungkin Malaysia ramainya umat Islam yang banyaknya kerja di bandar dan hanya berkesempatan pulang ke kampung pada hari yang ada banyak sikit cuti iaitu Hari Raya.

Okay, seperti manusia atau remaja yang lain, raya ni dah tak rasa macam meriah sangat, bukan sedih tak dapat duit raya ke apa, cuma takda lah rasa nak terkinja kinja bila raya ni, kang orang kata tak matang la pulak kan. So, Ahad pagi 27 July 2014 dalam pukul 2.30 pagi, semua siap barang packing masuk dalam kereta then bertolak, haaa paham paham ada je kesesakan lalu lintas, so terpaksalah diri ini bersahur dalam kereta dengan mata sepet bangun tidur, makan jelah roti Gardenia yang 70 sen tu, itu pun makan 1/4 je, minum susu Dutch Lady Full Cream, then tidur balik, takda selera nak makan lah. Then bangun dalam 6 pagi, dah sampai kampung gua yang tercinta Batu Gajahhhh ! Sampai je, apalagi tidur lah, memang kerja gua tidur je tak tahu lah kenapa, mungkin sebab hari terakhir puasa, so energy tu memang dah terbang dek awan lagi pun tadi makan roti sikit sangat hahahaha

Malam raya, ingatkan nak main lah bunga api ke, mercun ke, hmmm haram takda. Malam tu ikut Abah jalan satu Ipoh, makan KFC jejalan lagi sampai rumah 2 pagi kau ! Then sebagai anak perempuan paling tua kan, kenalah kita gosok baju raya semua ahli keluarga, tangan memang nak patah, yelah cuba kau bayangkan dengan baju melayu 4 pasang, baju kurung 3 pasang, sampin 4 pasang haishhh dah lah pagi buta hmmm kesian kan ? Tak kesian ? Korang memang.

Pagi raya, seperti pagi raya yang lain, Yasirah selalu jadi orang terakhir yang mandi, sebab selalunya Yasirah tak pergi sembahyang Raya, sebab kalau semua orang pergi, sapa nak jaga adik aku ? Sapa ? Korang nak jaga ? Dah lah 2 tahun, kalau 5 tahun tu takpa lah jugak. Tapi bukan sebab tu je, Yasirah selalunya akan kasi mama yang pergi sembahyang Raya, rasa macam kesian pulak kalau mama tak pergi then kita pulak yang beria nak pergi. Hmm pengorbanan nampak.

Selesai sembahyang raya, bersalam salaman itu wajib then pergilah beraya, yeayyy ni yang paling menarik bila raya, nanti dapat duit raya. Then bila nak petang sikit, pergilah kita ke kampung Abah pulak, ke Sungai Galah. Kampung paling amazing sebenarnya. Then esoknya, pergi Kampung Gajah, Teluk Intan pekena Mee Mastan Ghani, singgah rumah kawan abah dan Pak Long. Rabu tu pulak pergi Changkat Tin, woooo abah ada Reunion kawan sekolah menengah, cuba bayangkan abah rupanya tak jumpa kawan dia dah hampir 30 Tahun, memang awesome bila pikirkan. Khamis beraya ke utara pulak iaitu Taiping. Then sehinggalah sekarang ni dah ada dekat rumah. Okay lah tangan dah nak patah, nanti kita sambung lagi.

P/S :  Pecah kaca pecah gelas, aku dah malas. Hehe byeeeeeeeee






← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by yasiraashaari
Do you know ?Honesty is the best policy in life