NETWORK





RECENT STORIES

MONTHLY ARCHIVE



BLOGLOVIES






Gaya Ala Cikgu
Tuesday, August 5, 2014 at 4:48 PM
Assalamualaikum.
Banyak cerita, tak tahu nak kata.
Kang dah mula, lambat pulak habisnya.

Harini 5 Ogos 2014
Apa yang istimewanya ?
Takda pape yang best pun.
Cuma nak cerita lah sikit sikit
Sebelum akal yang padat mudah lupa,
Baik kita kasi keluar harini jugak kan. 

Okay, disebabkan hari ni sekolah Yasirah ada saringan bagi Temasya Sukan Sekolah 2014, cikgu cikgu banyak yang takda, majoriti pergi stadium bagi menguruskan hal di sana. Jadi, disebabkan kita ni kan senior yang paling besar dekat sekolah, kitorang semua form 6 ditugaskan untuk menjaga kelas yang telah ditetapkan oleh sorang cikgu ni. Nak mention nama pun bukan ingat sangat. Tapi dialah yang kasi jadual suruh kami semua jaga kelas.

Kelas pertama yang Yasirah jaga ialah kelas 5V5, walaupun kelas dia dikira kelas belakang tapi Alhamdulillah semua baik baik belaka, senyap je kelas, senang nak jaga. Mana tak nya kalau hampir semua bantai tidur, kalau ada yang nak bersembang pun, suara kecil je. Actually nampak lah yang walaupun kelas belakang, tapi agak sopan di pandangan.

Kelas kedua, kelas 3 Amanah. Hahhh bagi yang tak tahu lah, kelas 3 Amanah ni kelas yang paling teratas lah, kebanyakannya pelajar yang bijak sana sini. Mula mula nak masuk, dengar suara cikgu, wahhh ingatkan tak payah lah jaga kelas tu sebab ada cikgu yang masuk. Tup tup bila dah nak dekat depan pintu kelas diorang, dengarlah suara ramai pelajar ucap "TERIMA KASIH CIKGU" Adoyai gua kena masuk jugak lah jawabnya. Melangkah sahaja satu kaki, kelas 3A yang bising tu jadi senyap gila ibarat malaikat lalu. Wahhh kalau cikgu masuk kemain bising lagi, kalau kakak form 6 masuk terus jadi diam, sunyi macam gua. Hahahaha. Nak masuk tu pun, kenalah buat muka tembok kejap. Pabila semuanya memandang dengan kehairanan, then Yasirah pun cakaplah "Ehh jangan lah senyap, awak boleh buat kerja awak" Then barulah okay kelas tu. Tapi okay dia hanya 10 minit terawal, lepas tu wooooooooooo jadi PASAR MALAM, bising gila lah, padahal ada 28 orang je, bukan banyak sangat pun tapi bising dia Tuhan je tahu. Tapi apa boleh buat, budak budak kan, lantak jelah diorang nak bising pun, sebab dulu diri sendiri pun bising kan hahaha. So sambil sambil jaga diorang, Yasirah keluarkan lah novel seram, hmm boleh lah menahan mata daripada mengantuk. Hahaha

Habis je menjaga bebudak tu, jam dah menunjukkan pukul 1.00 petang, disebabkan ada latihan pemilihan Bola Jaring, terpaksalah menunggu. Panaskan badan, belajar sikit sikit taktik main dan selesai. Tapi takkan ku lupakan, tadi jatuh tergolek angkara nak tangkap bola. Dah lah pakai baju sekolah je, jatuh macam nangka atas padang. Tapi macam tilam, serious cakap babe.

Dah dah, sampai sini je dulu. Bye, Assalamualaikum.






← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by yasiraashaari
Do you know ?Honesty is the best policy in life