Assalamualaikum and Hi, My name is Nuryasirah Ashaari. You can call me Yash for short. I'm 22 years old but feels like forever 16. Sports is my world and to be famous Director is my dream!


NETWORK





RECENT STORIES

MONTHLY ARCHIVE



BLOGLOVIES

» BLOG KAWAN BAIK




Puisi : Ramadhan
Sunday, June 29, 2014 at 1:46 PM
Bila Ramadhan memanggilmu 
Mengetuk pintu hidupmu Sambut ia sepenuh rindumu 
Dekap ia sepenuh cinta Dan biarkan jemari indahnya 
Merengkuhmu dalam ampunan-Nya 

Bila Ramadhan memanggilmu 
Sambutlah ia bak tamu istimewa 
Kenaglah kelopak hari-hari 
Yang telah luruh berguguran 
Kenanglah seumpama pertanda 
Bagi engkau sang penerus pejalanan 
Bersiaplah menjemput giliran 
Bila tak lagi kau jumpai ia Ramadhan di tahun depan 

Bila ramadhan memanggilmu
Bersihkan hati dari segala dengki
Sucikan jiwa dari segala prasangka 
Bersihkan raga dari segala dosa 
Bila Ramadhan memanggilmu 
Berlarilah menjemput panggilan-Nya



Sedar dah menangis
Tuesday, June 24, 2014 at 9:18 PM
Entry kali ni saja nak cerita cerita. Korang pernah tak tidur, mimpi sedih then bila bangun je sedar sedar dah menangis, ajaib kan ? Ciptaan Tuhan yang paling ngeri hahahaha takdalah. So, dipendekkan cerita, tadi Yasirah menangis bila bangun tidur. Then tak boleh stop sebab mimpi tu menyedihkan sangat sesangat sangatnya. Tak tau macam mana nak explain lah. Dengar jelah story ni.

Dia dimulakan dalam kawasan sekolah, rasanya berada dalam kelas 5SN1 dekat sekolah, aku pun tak berapa nak faham lah cerita dia. Then semua macam berkumpul, takda lah ramai sangat, tapi yang aku pelik muncul watak Dani duduk sebelah aku, haaa pelakon tambahan mungkin hehe. Then bila selesai apa yang dibincangkan, semua turun kantin nak makan lah. Kisah dia bila aku nak beli minuman, makcik kantin tu datang cari pasal, tengking tengking aku, aku pun malas nak layan, tak jadilah beli. Aku pun terus pergi dekat tempat "cikgu makan" haaa aku nampak abah aku duduk bincang dekat situ, so aku pun cakap lah dekat abah yang "Makcik kantin ni cari pasal" tapi abah langsung tak pedulikan aku, macam aku ni bukan anak dia. Aku pun blah, aku masuk kereta, masa aku nak drive, tiba tiba ada satu budak datang, aku tak kenal dia, tapi dia bukak pintu kereta then pukul aku pakai kasut dia, serious sakit. Then aku pun pukul dia balik terus cepat cepat masuk kereta and lock ! Setelah tu aku pun drive kereta balik rumah aku, aku pun pelik bila aku balik rumah, semua orang macam nak tangkap aku. Woi aku manalah paham semua ni, aku lari lintang pukang macam ada orang nak bunuh aku. Even adik beradik aku pun kejar aku. Yang aku ingat aku naik basikal then dekat tangan, aku bawa Khayla, adik bongsu aku yang 2 tahun. Aku bawak basikal dengan sebelah tangan je. Then semua orang kejar aku. Lama sangat. Sampai aku pun penat. So, aku pun letak adik aku tengah jalan, then aku blah. Masa tu aku naik basikal sambil menangis. Aku penat. Dugaan apakah ini ? Kenapa semua kejar aku macam nak bunuh aku ? Apa salah aku dah buat ? Then aku balik rumah balik, masa ni aku dah kena kepong, aku kena angkat bawak masuk bilik dalam rumah aku, aku dah macam nak mati. Then mama datang sambil senyum dekat aku, aku cakap "Mamaaaaaa sakittttt". Dalam masa yang sama, aku nampak atas katil banyak sangat hadiah.

Rupa-rupanya, semua ni plan abah nak tengok anak dia sanggup atau kuat tak hadapi masalah bermacam macam dalam satu hari, semuanya plan abah, dari makcik kantin, budak yang pukul aku, orang ramai kejar dan semuanya. Hadiah sebagai tanda aku berjaya, Aku pun tak tau kenapa.

Cuba korang bayangkan, masa aku cakap "Mamaaaaaa sakittttt" tu, aku menangis. Then aku tersedar, mata dah berair. Katil dah basah. Serious cakap ni. Then position aku terbaring atas katil "dalam mimpi" sama dengan bila aku terjaga. 

Serious aku takkan mimpi macam ni lagi !



Ganti puasa cepat !
Monday, June 23, 2014 at 4:33 PM
Ini khas entry untuk kaum hawa yang cantik lagi sopan santun
Wahai kaum hawa yang sama dengan diri ku ini anda 
semua sudah ganti puasa belum ?
Kalau dah Alhamdulillah,
Kalau belum cepat-cepat ganti,
Tak sampai seminggu lagi dah nak puasa dah ni
Mohon cepat cepat cepat !

Sebelum bulan ramadhan menjelma
Seeloknya korang langsaikan hutang puasa tu ye
Jangan ditangguh lagi
Padah jawabnya di kemudian hari hohoho

So, memandangkan lagi berapa hari je nak puasa, Yasirah nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di dunia. Tak kiralah awak kenal saya ke tak. Saya still nak ucap. Kepada kaum adam, harap takda lah lubang lubang dan kepada kaum hawa yang ABC tu nanti makan sorok sorok okay hahaha 




Menunggu masa
Thursday, June 19, 2014 at 5:25 PM
Menunggu masa
Yang akan tiba tak lama lagi
Untuk aku tinggalkan semuanya
Semuanya pahit
Semua yang manis
Masanya tak lama lagi
Tapi aku tak berani mengatakan
Takut menitiskan air mata ramai orang
Tapi yang pasti masa itu akan tiba
Tak lama lagi, hanya didepan mata
Sebelum kaki melangkah pergi
Mata meninggalkan keindahan
Mohon maaf buat semua yang ada
Semoga kita berjumpa lagi masa akan datang



Hari pertama SEM terakhir
Monday, June 16, 2014 at 9:29 PM
Alhamdulillah, dapat juga Yasirah pergi sekolah hari ni. Kawan yang risau dan asyik menanyakan tentang IPG, diorang seperti susah melepaskan diri ini. Yasirah pun kalau dapat, Yasirah mesti akan menangis teresak esak meninggalkan mereka semua. Seperti adik beradik, kami jatuh dan bangun bersama. Itulah yang dikatakan persahabatan yang erat. Itu yang buat Yasirah sebak ni. Hahahaha

Tapi walau apa pun jadi, esok adalah harinya, keputusan IPG keluar. Semua macam "Betul ke nak tinggalkan Form 6 ni ?" Haishhhh susah untuk menjawab persoalan yang kita sendiri belum tahu jawapan. Tapi esok, kalau keputusan dah keluar, Yasirah akan cepat cepat bagitau Abah, mama dan semua lah yang paling rapat dengan Yasirah hehehe

Ehhh kenapa cerita pasal IPG ni ? Tajuk kata "Hari pertama SEM terakhir". Apalah Yasirah ni kan ? Hahahaha okay okay, seperti pelajar sekolah yang lain, Yasirah pun turut bercuti selama 2 minggu 5 hari yang telah pun ditetapkan oleh Kementerian hehehe, lama gila cuti. Rasa macam nak sangat sekolah :) Tapi, masuk je sekolah, hati macam berdebar. Relax dulu, perhimpunan dulu weh hahaha tapi tadi perhimpunan takda lah lama mana, okay jelah. Tapi yang paling best, kelas Yasirah dapat KELAS TERBERSIH ! Yeayyyy dah berbulan bulan kami menang. Keep it up guys. Hahahahaha tapi tak boleh belah, bila tiba tiba nampak Zaileen. Ehhh sejak bila kau Form 6 ni ? Hahahaha rasa nak tergelak pun ada. Masuk sekolah balik, muka kalah budak baik :) Hoho then masuk je kelas, Aduyaiiiiii punyalah kotor dan berhabuk meja dan kerusi. Tapi ada sahabat yang baik kan, nama dia dayah kan, pinjamkan kain dia. Okay sayang dia. Hahaha pembelajaran berjalan seperti biasa, Alhamdulillah homework pun mula menimbun. Sabar jelah. Okay byeee :P

# Aku dah siap sebut nama kau dahhhhh 



FIFA 2014 // Favourite Player
Saturday, June 14, 2014 at 12:48 PM














← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by yasiraashaari
Do you know ?Honesty is the best policy in life