NETWORK





RECENT STORIES

MONTHLY ARCHIVE



BLOGLOVIES






Selesai Penderitan Kedua
Thursday, May 22, 2014 at 8:17 PM
Hai, Assalamualaikum. Wahhhh dah lama tak jumpa korang korang semua ni. Ada cerita baru tak ? Kalau ada jom lah gossip sekali. Alah macam tak biasa pulak kan *kenyit mata*

Okay then, hari ni 22 May 2014, tamat sudah lah exam STPM Semesta 2. Wuhhhhh penderitaan kedua selepas penderitaan yang pertama iaitu Semesta 1. Hahaha bukan nak cakap besar ke apa ke, tapi STPM ni susah dia tahap dewa, ada cikgu cakap "Budak matrik pun belum tentu dapat jawab STPM" Haaaa nampak kan betapa susahnya STPM ni. Tapi tu lah, Sijil STPM laku buat kerja, Matrik pulak tak payah cakap lah, tengok pun dia taknak. Hahaha. Minggu ni adalah minggu yang paling sakit otak. Memerah otak bagai nak gila. Tapi apa yang Yasirah harapkan, dapat A banyak lah :P Hhahahaha yelah sapalah yang taknak A kan :) So, lepas ni dah boleh relax, goyang kaki sampai habis cuti 15 Jun 2014, then kena perah otak pikir pasal MUET (Malaysian University English Test) pulak. Haa jangan lah korang tanya, "Eh, tingkatan 6 kena ambik MUET ke ? Bukan budak U je ke yang kena ambik ?" Jawapannya "Kami Pra-Universiti, so kena ye adik oi"

So sampai sini jelah nak cerita, alah pendek je kan, sebab baru habis exam, mana lah ada idea nak cerita cerita semua ni, cuma tadi fnally dapat jugak makan McDonalds, yelah mama tak kasi makan sebab nak exam, berbulan bulan kena ikat perut daripada makan makanan fast food ni. So tadi dapat jugak lah melepaskan kempunan yang ada. Memang gembira tak terkata, padahal McD je pun, sebab lama tak makan, tu yang jadi jakun :) Hehehe okay okay bye Assalamualaikum. Jaga diri k. Cuti jangan lupa baca buku *tangan ke dada, mata ke atas*



Interview // Temuduga IPG 2014
Tuesday, May 13, 2014 at 4:40 PM
Assalamualaikum, Hello and Hi !

Kalau hari tu Yasirah sibuk cerita pasal UKCG IPG, sekarang Yasirah nak cerita pulak pasal Interview IPG, Alhamdulillah dapat juga peluang ke IPG Ilmu Khas sekali lagi untuk temuduga dia pulak. Pada 5 Mei 2014, dalam pukul 4.15 petang, keputusan untuk UKCG pun keluar, dan YASIRAH LULUS! Seronok tak terkata, orang pertama sekali Yasirah kasi tahu abah. Orang yang bersusah payah teman dan tunggu yasirah dari pagi hingga ke petang haritu.


Jadi, temuduga dia 12 Mei 2014, iaitu semalam. Segala persiapan telah dibuat. Tapi hati takut bagai nak mati. Ecehhhh hahahaha so pagi pukul 5 , mata dah terjaga, siap mandi, gosok baju, gosok tudung, pakai makeup sikit. Haaaa pakai sikit je, itu kira wajib lah kalau nak pergi Interview :) Bertolak dalam pukul 6 pagi, kali ni mama pulak yang teman anak dara dia ni. Sebab hari tu mama tak ikut, so sekarang mama nak sangat ikut. Nak sangat dia tengok IPG tu :) Sampai je hampir pukul 8 pagi. Padahal dekat je Cheras dengan Klang, tapi faham faham jelah, jalan sesak. Takut je kalau tak sampai pada masa yang ditetapkan. Kalau ikut kan pukul 8 pagi kena ada dekat sana. So sampai je, dia akan bagi taklimat sikit. Alaaaa sikit je, then tunggu lah masa temuduga. Kalau macam Yasirah pukul 12 tengahari, so kenalah menunggu. Tapi bukan menunggu kosong je, Yasirah bincang dengan kawan baru. Semalam Yasirah dapat 3 kawan baru yang bila bercerita mengalahkan kawan lama. Hahaha



Sebelah tu Aqila dan Farihah aka Peah :)


Yang tudung merah tu Latifah, orang Utara naa :)


So, jangan buang masa, kita kena buat kawan dan dalam pada masa yang sama, kita kenalah bincang dan hafal serba sedikit. Kita kena tau :-

1. Isu Pendidikan
2. Mata pelajaran yang diambil
3. Nilai nilai murni
4. Kalau boleh, lancar Bahasa Inggeris
5. Sediakan SIJIL, ini penting. Dia nak tengok pencapaian kita.

Finally, tibalah masa untuk Yasirah masuk ke dalam bilik temuduga. Bilik Yasirah bilik C, majoriti semua ambil Mata pelajaran Sejarah. Ada 7 perempuan dan 1 lelaki. Masuk je, tegurlah penemuduga tu, kalau sama jantina, bolehlah bersalaman tangan. Then perkenalkan diri satu per satu. Then dia akan tunjukkan kepada kitorang video ni.


Then dia suruh kitorang bincangkan tentang nilai murni yang ada dalam video ni. Then yang mulakan adalah lelaki yang sorang tadi tu, then baru Yasirah dan diteruskan sampai 8 orang semua habis bercakap.

Then dia tanya pasal mata pelajaran yang kita ambil. "Bagaimanakah cara untuk buat ibu bapa faham tentang apa itu sejarah" Soalan yang ni, Yasirah mulakan dulu, Yasirah bagi jawapan yang boleh buat penemuduga terpegun haaaa ececehhhh bagi jawapan yang HIGH THINKING sikit tau baru lah menunjukkan kita sebagai guru yang baik. Then dia suruh cakap bahasa Inggeris, soalan dia senang je, "Describe about your family." Haaaa kan senang tu, nampak senang, tapi bila nak cakap tu, semua tergagap gagap, yelahhh orang sejarah bila cakap English ni lain sikit Hahahahaha :) Then dia tanya lagi "Kenapa ambil bidang sejarah sebagai bidang utama ? Kenapa nak jadi cikgu ?" Yasirah jugak yang mulakan dulu, sebab tengok yang lain semua macam takkan mulakan ataupun takut mungkin. So Yasirah mulakan dengan terangkan kenapa. Seterusnya, dia tanya "Berikan kelebihan awak supaya saya boleh pilih"   Haaaa senang je kan ? Memang semua nampak senang, tapi kelapa lutut dah nak hampir tercabut. 

Habis je interview, pergi lari cari mama, then makan sama sama dekat kafeteria IPG tu, makanan dia agak murah, rasanya lebih murah daripada harga makanan yang dijual di Sekolah Menengah. Tak lama lepas tu abah pun datang ambil. Then say goodbye to IPG. Nak menangis boleh ?

Sekian. Bye, Asslamualaikum.






← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by yasiraashaari
Do you know ?Honesty is the best policy in life