NETWORK





RECENT STORIES

MONTHLY ARCHIVE



BLOGLOVIES






Raya 2014
Friday, August 1, 2014 at 10:36 PM
Assalamualaikum semua, Selamat Hari Raya buat semua yang mengenali diri Yasirah atau sesapa jelah, Haaaaa bukan semua orang kita kenal kan, tapi mungkin semua orang kenal kita. Okay daripada Yasirah melalot cerita benda yang bukan bukan ataupun benda yang out of the topic, haaaa baik kita mula mula senyum dulu, haaa senyum la cepat, Ya Allah kenapa susah sangat nak senyum ni ? Haaaaaa kan comel tu, hadoi tergoda lah pulak dengan senyuman tu haishhh

Semua orang dalam Malaysia ni tahu, malah mungkin yang luar negara jugak bahawasanya Malaysia adalah satu satunya negara yang ada tradisi Balik Kampung ni. Kenapa negara lain takda ? Jangan tanya kitalah, memang tak tahu jawapannya, mungkin Malaysia ramainya umat Islam yang banyaknya kerja di bandar dan hanya berkesempatan pulang ke kampung pada hari yang ada banyak sikit cuti iaitu Hari Raya.

Okay, seperti manusia atau remaja yang lain, raya ni dah tak rasa macam meriah sangat, bukan sedih tak dapat duit raya ke apa, cuma takda lah rasa nak terkinja kinja bila raya ni, kang orang kata tak matang la pulak kan. So, Ahad pagi 27 July 2014 dalam pukul 2.30 pagi, semua siap barang packing masuk dalam kereta then bertolak, haaa paham paham ada je kesesakan lalu lintas, so terpaksalah diri ini bersahur dalam kereta dengan mata sepet bangun tidur, makan jelah roti Gardenia yang 70 sen tu, itu pun makan 1/4 je, minum susu Dutch Lady Full Cream, then tidur balik, takda selera nak makan lah. Then bangun dalam 6 pagi, dah sampai kampung gua yang tercinta Batu Gajahhhh ! Sampai je, apalagi tidur lah, memang kerja gua tidur je tak tahu lah kenapa, mungkin sebab hari terakhir puasa, so energy tu memang dah terbang dek awan lagi pun tadi makan roti sikit sangat hahahaha

Malam raya, ingatkan nak main lah bunga api ke, mercun ke, hmmm haram takda. Malam tu ikut Abah jalan satu Ipoh, makan KFC jejalan lagi sampai rumah 2 pagi kau ! Then sebagai anak perempuan paling tua kan, kenalah kita gosok baju raya semua ahli keluarga, tangan memang nak patah, yelah cuba kau bayangkan dengan baju melayu 4 pasang, baju kurung 3 pasang, sampin 4 pasang haishhh dah lah pagi buta hmmm kesian kan ? Tak kesian ? Korang memang.

Pagi raya, seperti pagi raya yang lain, Yasirah selalu jadi orang terakhir yang mandi, sebab selalunya Yasirah tak pergi sembahyang Raya, sebab kalau semua orang pergi, sapa nak jaga adik aku ? Sapa ? Korang nak jaga ? Dah lah 2 tahun, kalau 5 tahun tu takpa lah jugak. Tapi bukan sebab tu je, Yasirah selalunya akan kasi mama yang pergi sembahyang Raya, rasa macam kesian pulak kalau mama tak pergi then kita pulak yang beria nak pergi. Hmm pengorbanan nampak.

Selesai sembahyang raya, bersalam salaman itu wajib then pergilah beraya, yeayyy ni yang paling menarik bila raya, nanti dapat duit raya. Then bila nak petang sikit, pergilah kita ke kampung Abah pulak, ke Sungai Galah. Kampung paling amazing sebenarnya. Then esoknya, pergi Kampung Gajah, Teluk Intan pekena Mee Mastan Ghani, singgah rumah kawan abah dan Pak Long. Rabu tu pulak pergi Changkat Tin, woooo abah ada Reunion kawan sekolah menengah, cuba bayangkan abah rupanya tak jumpa kawan dia dah hampir 30 Tahun, memang awesome bila pikirkan. Khamis beraya ke utara pulak iaitu Taiping. Then sehinggalah sekarang ni dah ada dekat rumah. Okay lah tangan dah nak patah, nanti kita sambung lagi.

P/S :  Pecah kaca pecah gelas, aku dah malas. Hehe byeeeeeeeee






← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by yasiraashaari
Do you know ?Honesty is the best policy in life