Assalamualaikum and Hi, My name is Nuryasirah Ashaari. You can call me Yash for short. I'm 22 years old but feels like forever 16. Sports is my world and to be famous Director is my dream!


NETWORK





RECENT STORIES

MONTHLY ARCHIVE



BLOGLOVIES

» BLOG KAWAN BAIK




Cara-cara Pemasangan Mudguard LC dan menurunkan Fork bagi Lagenda 115z/zr
Thursday, February 20, 2014 at 8:42 PM
Ini model gambar motosikal Lagenda 115z. Disini saya terangkan secara ringkas tentang cara-cara pemasangan mudguard  LC. Selepas anda membuka coverset depan (digalakkan, kalau tak bukak, susah bagi mudguard hendak keluar) tayar dan mudguard asal, anda anggarkan dimana kedudukan bracket tersebut patut berada seperti yg saya bulatkan dalam gambar diatas.


Langkah seterusnya ialah memasang bracket pada bahagian yang anda kehendaki. Sebelum itu tengok pada bahagian yang saya labelkan pada gambar diatas untuk langkah selanjutnya. Label:

1) lapik pada bahagian yang ingin anda letak bracket dengan salotape yang nipis,jangan guna double side tape kerana ianya tebal.Lapik dengan salotape mengelakkan dari fork anda calar akibat cengkaman daripada bracket..

2) Letak bracket dan kunci bracket tersebut menggunakan alenki sekemas yang boleh supaya bracket tersebut tidak longgar..

3) Lihat pada label ketiga yang saya tanda di atas..Pada bracket tersebut ada dua lubang utk pemasangan skru..Skru itu akan dipasang bersama Mudguard LC iaitu selepas anda meletakkan mudguard di situ,barulah anda masukkan skru melalui lubang pada mudguard dan terus dikunci pada bracket.


NOTIS: Semasa anda membeli bracket,jangan lupa membeli 4 biji skru yang bersaiz lebih kurang 1/2 inci kerana skru tidak disediakan bersama bracket yang anda beli KECUALI bracket tersebut berlainan jenis dari yang atas. Selepas anda letakkan mudguard LC pada bracket,kunci skru tersebut seketat yang boleh supaya mudguard lc tidak longgar..Selepas mudguard lc siap dipasang,maka siaplah modifikasi ini.

Seterusnya kita ke bahagian cara-cara hendak menurunkan fork bagi Lagenda 115z/zr SAHAJA.



Ini bahagian fork anda. Pertama sekali lihat pada T atau dipanggil sebagai Kaki Tiga...Pada bahagian tersebut terdapat 4 skru yang diikat padanya,apa yang anda perlu buat hanyalah longgarkan keempat2 skru tersebut dan keluarkannya. Selepas anda membuka keempat2 skru tersebut,anda hanya perlu menolak fork keatas sehingga menembusi Kaki Tiga atau T tersebut. Kita lihat gambar seterusnya.


Inilah gambarannya selepas anda menolak fork ke atas dan anda nampak fork tersebut terkeluar sedikit daripada Kaki Tiga atau T seperti yang saya labelkan diatas. Kemudian kuncikan semula skru tersebut.

NOTIS: Selepas anda menolak fork keatas, hanya 2 skru pada bahagian bawah sahaja boleh dikunci pada Kaki Tiga seperti yang saya labelkan di atas.

Kunci skru tersebut seketat yang boleh supaya fork tidak tergelongsor keluar dari kaki tiga. Kemudian anda boleh memasang semula coverset dan motor anda akan nampak lebih bergaya dengan Mudguard LC. Hahaha selamat mencuba :P



Mungkin.
Monday, February 17, 2014 at 12:06 AM
Mungkin aku memang tak pandai
kawan dengan mereka yang gah
mereka yanga ada rupa, harta dan semua

Mungkin aku ni manusia biasa biasa saja

manusia yang hidup biasa biasa saja
yang tiada apa yang menarik dalam hidup

Mungkin aku cuma hidup dalam dunia aku

yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan
yang penuh dengan kesedihan dan kekosongan

Mungkin aku ni dianggap sepeti boneka

yang tidak mempunyai perasaan dan hati
sampai sanggup ditinggalkan
kuat dengan tanpa tangisan

Mungkin hidup ini tidak adil

mungkin manusia yang bodoh
sebab tidak pandai menghargai

Mungkin aku dilahirkan untuk ditinggalkan

untuk merasakan yang aku tidak punya harapan
mungkin semua orang sama saja bagi aku

Mungkin aku tidak akan bahagia

atau rasa secebi kebahagiaan dalam hidup
dan merasai nilai sebuah persahabatan

Mungkin aku ini seorang yang bodoh

dipermainkan oleh orang lain
berkali kali tanpa mencuba untuk memberhenti

Mungkin aku ini terlalu bodoh

tak tahu bagaimana melepaskan
terlalu bodoh untuk percaya dan memaafkan

Mungkin aku ini terlalu sayang

Sampai dia pergi aku melayang
terbayang bayang dia yang aku sayang

Mungkin ini takdir dan nasib aku

mungkin apa yang perlu aku hadap
mungkin ini bahagian aku

Mungkin satu hari mereka akan menghargai

bila aku sudah mati dan pergi
dan tidak akan kembali buat dua kali

Mungkin ini semua tanggapan aku saja

mungkin aku terlalu banyak berfikir
tentang kehidupan aku

Mungkin aku patut bersyukur saja

setiap yang pergi pasti berganti
itulah kisah hidup dan mati



Jalan Jalan : Pusing Johor
Tuesday, February 4, 2014 at 1:07 PM
Assalamualaikum semua. Haa macam mana cuti ? Cukup tak ?
Sebab ada sesetengah sekolah, dia cuti 5 hari je, ada jugak 6 hari
Haaa mesti korang dah mula rindu sekolah kan ? Kowt ..
Hahahaha cuti ada pergi mana mana ? Ke duduk rumah je ?
Yelaa kan homework cikgu bagi macam sebulan cuti hahahaha

So dipendekkan cerita, Yasirah baru je balik dari Johor malam tadi baru sampai, hahaha 3 hari 2 malam je pun, sekejap je, tapi serious padat dengan aktiviti, apa apa pun thanks to abah yang sanggup bawak anak anak dia yang nak sangat jalan jalan, dah tak larat asyik duduk rumah je hahahaha

1 Februari 2014
Sebenarnya plan abah nak bertolak pukul 4.30 pagi, tapi tidur terbabas sampai 6 pagi baru bangun, haaa siap siap pukul 11 pagi macam tu baru bertolak, haaa kemain lama kaw bersiap. Hahahaha so perjalanan yang diambil selama 5 jam rasanya, sebab traffic sesak gila. Hmm paham paham jelaa bila dah CUTI ni kan, semua orang nak keluar bercuti. Sampai dekat Batu Pahat, Johor , terus makan, mak ai lapar gila duduk dalam kereta dengan jam nya lagi. Then cari hotel sampai pukul 7.30 malam baru dapat, fuhh lama gila sebab abah tak berapa paham jalan dia dan semua hotel FULL! Tapi akhirnya ada jugak la hotel. Oleh sebab semua orang penat, malam tu kitorang takda la jejalan mana-mana terus tidur je. Hahahaha 

2 Februari 2014
Pagi dalam pukul 9 pagi, kitorang check-out. Abah ajak pergi tempat tinggalan dan kenapa dekat situ dipanggil "Batu Pahat" hahaha belajar sejarah kejap.





Then lepas tu , abah bawak makan Nasi Briyani Gam yang paling sedap dekat Batu Pahat tu. Perghhhhh sedap gila ! Tak pernah makan Nasi Briyani sesedap tu. Yasirah patut syorkan pada korang semua ni. 

Muka abah dengan mama kelakar haha
Hahaha lepas je makan, kami teruskan perjalanan ke Tanjung Piai, iaitu Penghujung Selatan Tanah Besar Asia. Tangkap la gambar semua dan masuk Taman Negara yang ada dekat sana, satu pengalaman yang menarik bila terpaksa angkat kaki seluar meredah air pantai . Hahaha seterusnya makan la, lapar kowt. 
















Lepas makan, kami teruskan perjalanan ke Johor Bharu! Tempat yang sebenarnya ingin dituju hehehe 


Sampai je terus cari Hotel, sebab masa tu dah nak dekat pukul 6 petang, dapat je hotel, siap siap mandi makan terus pergi Danga Bay. Fuhhh tak sangka dekat sana ada FunFair, hahaha memang kitorang main laa nampak gayanya, siap sewa basikat untuk 6 orang duduk, harga RM 39 untuk 45 minit, hmm memang rasa kejap je, tapi korang kena kayuh dan ia menyebabkan kaki Yasirah sakit sampai sekarang ni hmmm sedih ni :( Tapi takpa, yang penting semua orang seronok :) Balik dari Danga Bay dalam pukul 12 tengah malam, balik hotel tidur la jawabnya.















3 Februari 2014
Hari ketiga, ataupun hari terakhir, bangun je pagi siap siap check-out, abah bawak pusing Johor Bharu, hmm agak besar jugak la, yang paling menyampah sebab JB banyak sangat jambatan, banyak sangat! Nasib baik ada GPS yang banyak membantu. Lepas habis je ronda ronda, abah bawak ke Tangkak, Johor sebab mama nak shopping guys. Yasirah pun dah shopping sekali. Hahaha dekat sana kain untuk Baju Kurung memang banyak. Dlam masa yang sama, abah dapat jumpa sahabat dia yang dah 24 tahun tak jumpa, hahaha Yasirah memang tak kenal. Habis je shopping terus pergi Gunung Ledang! Yeayyy mandi Air Terjun Gunung Ledang, hmm seronok tak terkata dengan pelbagai benda yang jadi hahaha dan seterusnya balik ke Klang sampai rumah dalam pukul 8 malam lebih rasanya :) Hahaha itu la serba sedikit ceritanya. 


Thanks bagi yang meluahkan masa baca ni
Sekian. Assalamualaikum. Babai.






← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by yasiraashaari
Do you know ?Honesty is the best policy in life