NETWORK





RECENT STORIES

MONTHLY ARCHIVE



BLOGLOVIES






Puisi : Kerja Sekitar
Sunday, February 22, 2015 at 10:18 PM
Angin sejuk menusuk ke dalam tulang
Memaksa aku menutup ruang sentuh
Pagi yang menyakitkan rongga nafas
Terhadap angin bikinan manusia

Lagu yang dimainkan 
Melodi yang dihayunkan
Hari yang menjadi laluan
Tiada berhenti dalam putaran

Setiap puisi punya tujuan
Untuk sampaikan yang keruan
Tentang persoalan yang dimainkan
Supaya terjawab segala kesakitan

Tetapi apa yang masih tertanya
Takut antara hati dan kenyataan
Hati yang merana menginginkannya
Dan masyarakat yang memusnahkannya

Apa yang hanya ku mahu
Adalah satu perasaan yang muncul
Pabila satu senyuman yang terukir
Agar hidup dapat indah terlakar

22/02/2015




Puisi : Bangsa Bangga
at 10:08 PM
Dunia yang dipenuhi masyarakat
Terlalu mampat untuk bernafas
Dalam kota konkrit yang luas
Menutup ruang fikir yang buas

Dalam hati berkata - kata
Adakah kau wujud dalam bangsa
Bangsa yang kau genggam sejak lahir
Dan bakal juga kau mati atas namanya

Pernah kau bertanya pada diri
Adakah kau bangga dengan bangsa
Tentang hala tuju dan wawasan bangsa
Yang makin pudar dimamah jiwa moden

Setiap pegangan yang tua tunjukkan
Adakah bangsa kau amalkan
Atau masih kau tertanya tentangnya
Kelogikan yang bermain di masa

Setiap langkah yang bangsa lakukan
Menuju pada sesuaru yang gelap
Tentang kehidupan masyarakat
Yang pada akhirnya menuju kekeliruan

2.33 PM
22/02/2015



Puisi : Lembaga Hitam
at 9:45 PM
Dia tak banyak menakutkan aku
Tentang wajah dan tingkah laku
Tentang senyuman dan ketawa
Tentang lapar dan dahaga

Ada kalanya aku mencetus marahnya
Jelingan mata tajam terus darinya
Kepada aku yang hanya insan biasa
Supaya dapat aku faham isi hatinya

Banyak perkara yang dibencinya
Tentang seruan selain darinya
Menambahkan  sakit dalam jiwa
Yang bakal menjadi punca tangis raganya

Setiap kala siang sentiasa disisi
Setiap kala malam sentiasa menemani
Antara tidur dan jaga ku
Antara realiti dan mimpi buatan ku

Kau masih lembaga yang menakutkan
Tentang kehilangan yang tiada ganti
Jangan kau pergi meninggalkan
Walaupun hati tidak sengaja di sakiti

3.19 P.M
22.02.2015



Puisi : Sayang
Thursday, February 5, 2015 at 10:02 AM
Kalau cerita bukan semua boleh terima
Manusia yang pelik muncul dalam kalangan kita
Tapi apa yang dirasa, patut dikongsi bukan ?
Atau kau hanya mahu simpan sampai bila bila ?

Pabila umur meningkat dewasa
Dengan ketinggian yang sama oh no man hahaha
Satu entiti yang muncul secara tiba tiba
Buat kita rasa "Yes, inilah cinta" hahaha

Persoalan demi persoalan di mainkan
Membuatkan kita berfikir lalu ukir senyuman
Kita tak begitu lama, sekejap sahaja.
Tapi inilah kenyataan yang makin terasa

Kenapa saya suka awak ?
Kenapa saya sayang awak ?
Kenapa saya cintakan awak ?
Kenapa saya suka panggil awak "sayang" ?

Biar menjadi rahsia, sampai bila bila. Kan sayang kan ? Hahaha







← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by yasiraashaari
Do you know ?Honesty is the best policy in life