NETWORK





RECENT STORIES

MONTHLY ARCHIVE



BLOGLOVIES






Tunduk
Wednesday, August 13, 2014 at 10:48 PM
Tunduk
Manusia yang lemah dilihat
Oleh manusia yang tidak sedar akan nyata
Manusia hanya mata
Melihat apa yang dinampakkan
Bukan merasa apa yang dibutakan

Tunduk
Bukan untuk menyerah kalah
Bukan kerana manusia lemah
Bukan untuk merelakan semuanya
Tapi kerana tidak mampu

Tunduk
Tidak mampu melihat kesakitan
Tidak mampu menempuh lama
Tidak mampu mengingat memori
Kerana yang buruk senantiasa di depan

Tunduk
Tidak akan lama
Kerana tengkuk juga tahu sakit
Akan dinaikkan kepala suatu hari
Bagi menghilangkan lenguh
Sebelum menunduk kembali
Melihat bumi

Nukilan : Nuryasirah Ashaari






← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by yasiraashaari
Do you know ?Honesty is the best policy in life