NETWORK





RECENT STORIES

MONTHLY ARCHIVE



BLOGLOVIES






Eksplorasi Pengajian Perniagaan
Tuesday, April 29, 2014 at 9:52 PM
Hai semua, okay hari ni yasirah nak update sikit je. Memandangkan sekarang tengah exam, esok pulak paper Ekonomi, so taknak la buang masa banyak sangat, tapi masih nak update. Okay okay *Tarik nafas* Haaaa hari ni 29 April 2014, Yasirah, Lai, Hui Ming and Suat Thing pergi ke SMK Sungai Kapar Indah, Klang sebab ada Eksplorasi Pengajian Perniagaan Daerah Klang. Bertolak dari sekolah pukul 7.30 pagi then sampai pukul 8.00 pagi tepat kaw! Mula-mula sampai, macam kuno jugak lah, ala biasa lah perasaan bila masuk sekolah orang kan :) Sampai je, kitorang daftar, masa tu kitorang sekolah kedua yang sampai, kira awal lah sebenarnya kan. Tapi start dia agak lambat jugak la, pukul 9 baru start, then kenalah tunggu kejap, tengok tengok sekeliling.

Yang paling tak boleh belah, ramai jugak lah kawan kawan yang kenal ada dekat sana. Haaaa apa lagi gossip la yasirah dengan diorang semua. Riuh okay jadinya. Buat lawak semua pasal kenangan dulu. Tengok tengok Mal a.k.a Akmal jadi Ketua, dia yang banyak cakap. First jumpa je, dia tutup muka. Macam la kita ni tak nampak dia kan, macam la dia tu kecik sangat nak menyorok kan. Btw, thanks tu Naim yang banyak tolong Yasirah tadi. Sampai menang Tempat Ketiga. Tempat Pertama dari STAR dan Tempat Kedua dari Sekolah Shahbandar. Alhamdulillah :) Sorry la, gambar aktiviti tak ada lah, kalau ada nanti, yasirah akan cuba update okay. Bye, Assalamualaikum.



Puan Yon, Dayah, Lai Hui Kian
Monday, April 21, 2014 at 2:26 PM
Assalamualaikum, hari ni nak cerita pendek je, sebab baru balik sekolah, badan pun penat, tapi still ada jugak cerita untuk korang semua. Okay hari ni 21 April 2014, kita sambut birthday 3 manusia. Manusia yang mana ? Haaaaa kejap lagi korang tengok la gambar dekat bawah tu. HAPPY BIRTHDAY Puan Yon, Hidayah and Lai Hui Kian. Sorang cikgu, lagi dua tu anak murid lah. Cake yasirah beli dekat Secret Recipe lah apa lagi, Chocolate Indulgence lah apa lagi kan. Dah takda kek lain ke hah ? Hehehe cake tu yasirah tempah hari jumaat lepas, then semalam ambil bawak balik rumah. Sampai je rumah terus tangkap gambar cake tu then post dekat Instagram. Memang takda kerja. Saje je nak show sikit dekat rakan sekelas sebenarnya. Hahahaha

Bawak hari ni, memang takkan terlepas la daripada pandangan, tak tau la kenapa bila bawak cake je, semua nak pandang pandang. Mungkin itu habit manusia. Aku pun macam tu jugak suka tengok orang bawak cake. Sebenarnya, kitorang ingat nak tiup cake masa lepas rehat, masa Pengajian Am, dimana Puan Yon akan masuk. Iyelah kita kan nak celebrate dengan Puan Yon yang dicintai tu hahaha. Tapi tak jadi, kitorang celebrate awal sebab selepas sesi fotografi kelas, kelab and MPPPU, Encik Ishak (Guru Ekonomi) taknak masuk mengajar, mungkin peat jadi model masa sesi fotografi tadi hahahaha then kami pun ambil lah masa En Ishak, ajak Puan Yon masuk kelas, tangkap gambar, nyanyi lagu "Happy Birthday", potong cake, makan sampai comot dan gossip gossip haaaa itu perkara wajib bila dengan Puan Yon :) Tengok muka Dayah dengan Lai, dua dua happy. Bila Yasirah tanya "Puas hati tak ?" Lai pun jawab "Puasssss!" Hari yang sangat menggembirakan, menjadi kenangan buat semua. Cake pun habis time tu jugak, semua makan sampai kenyang and nasib baik lah kitorang baik hati nak share dengan 6 Atas 2 :) Hohoho

Gambar semasa sambut birthday :)

 Satu lilin seorang :)

 Bersemangat nak potong cake :) 

 Sebab Puan Yon ibu kami, so kami suruh ibu yang potongkan cake tu, haaa tengok lawa je potongan cake tu, kalau kitorang mungkin hancur hahaha

 Siap nak bahagikan kepada cikgu lain and diri sendiri :)

8 + 1 = Dapat A dalam result :)



Merisik sapa ?
Sunday, April 20, 2014 at 7:46 PM
Assalamualaikum, hai guys. Entry hari ni, Yasirah nak cerita sikit pasal merisik Haaaaaaaaa agak agak sapa yang kena risik ni ? Takkan Yasirah ? Takkan mama merisik untuk abah pulak kan hahaha. Sebenarnya, Yasirah join mama dengan abah teman Pak Lang dengan Mak Lang pergi merisik bunga di taman untuk Abang Emi. Haaa sapa pulak Abang Emi ni ? Yasirah tak pernah cerita pun pasal dia ? Hahahaha sepupu la kan, tapi takda la berapa nak rapat. Tapi kalau jumpa, kalau tak wrestling tak sah. Confirm lah dia yang menang, dia kan kuat, dia kan lelaki.

Dipendekkan cerita, pagi tadi bangun awal, itu pun sebab mama yang kejutkan. Dengan perut yang sakit, memang tak lah nak bangun awal awal. So, dalam pukul 10 macam tu, keluarga Pak Lang dah sampai rumah Yasirah, then siap siap semua terus bertolak. Alaaaaa dekat je, dekat Perepat tapi sesat memanjang. Jalan ni salah, jalan ni salah. Haishh nasib baik lah keluarga belah perempuan hantar orang, kalau tak sampai malam mau tak sampai sampai. Bila dah sampai, apa lagi berbincang la pasal tarikh nak bertunang, semua pakat malu malu nak bersuara. Tapi yang best, keluarga belah perempuan "kuat" Peraknya. Bila jumpa keluarga Yasirah, hmmmmmm memang menjadi jadilah Perak dia! Sebelum makan, kita pun berjumpa lah dengan "Si dia" Nama dia Kak Hanim, haaaa kalau ada jodoh, kita bakal jadi keluarga ye kak :)

Makanan yang dihidangkan oleh pihak perempuan pun nala semuua makanan Perak, perghhhh lagi lagi tempoyak wuuuu meleleh teman nengoknye. Teman pun ape lagi balun semue tempoyak tu yop! Serious, makanan dia semua sedap, siap ada van ice cream lagi. Memang best la. Bila dah selesai makan, semua  pakat pakat nak beransur lah. Dalam perjalanan, abah pulak ajak pergi Kompleks Rakan Muda, sebab kakak sedara ada berniaga dekat situ, kira bagi sokongan la ni hahaha. Tadi dapat jugak la merasa rojak, ice cream goyang, coconut shake, kek dan banyak lagi la. Perut bagai nak meletop!



Asa Butterfield
Saturday, April 19, 2014 at 1:31 AM
Deeply in love with Asa Maxwell Thornton Farr Butterfield












UKCG PPISMP, IPG 2014
Friday, April 18, 2014 at 8:54 PM
Assalamualaikum, haiiiii. Okay meh sini datang dekat sikit. Nak cerita satu benda ni, and mungkin ramai yang tak tau yang Yasirah pergi Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) baru baru ni iaitu 16 April 2014 haritu dekat Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas. Sebenarnya cerita dia memang kelam kabut. Serious langsung tak check yang Yasirah sebenarnya dapat pergi, sebab terlalu sibuk dengan sekolah, dengan drama, dengan bola jaring. So, memang langsung tak teringat yang Yasirah ada apply IPG bulan 3 haritu. Tak tau la kenapa, malam sebelum pergi tu, tiba tiba terasa nak bukak laman web Kementerian Pendidikan. Haishhhh tup tup, esok kena hadir UKCG agrhhhhhhhhhhhhhh malam tu terus studyyy!



MTest - 190 soalan / 45 Minit
Ujian Kelayakan Fizikal Calon PPISMP :-
Ambil Pendidikan Jasmani - 9 Ujian 
Tidak mengambil Pendidikan Jasmani - 5 Ujian (Senang kacang)

Esoknya, hari yang menakutkan diri Yasirah sendiri, sebab yelah manalah tau soalan dia tahap gaban susah ke kan, nak jadi cikgu ni bukan senang, susah gila kowt. Bertolak pukul 10 pagi. Dalam kereta, macam macam duduk berbincang dengan abah yang memang "Cikgu", semuanya sangat mendebarkan. Tapi Alhamdulillah, ujian bertulis (MTest) aku buat dengan jayanya, Ujian Kelayakan Fizikal Calon PPISMP agak susah jugak la, memandang Yasirah ambik option Pendidikan Jasmani, fuhhhhhhhh ujian dia lebih berat! Badan kena kuat, kalau tak jangan la korang gatal nak ambik Pendidikan Jasmani. Sampai sekarang ni masih sakit semua otot. Semestinya kena ada pengalaman dalam sukan. Selesai semua dalam pukul 6 petang. Lama kan ? Haaaaa kalau nak seribu daya, taknak seribu dalih :)

Yang tak tahan, ramai jugak lah budak sukan yang Yasirah macam kenal, siap yang ada cakap "Eh macam familiar ke dengan muka ni" "Ehh bukan rambut pendek ke ?" Hahahaha Yasirah pun jawab "Dah jadi muslimah okayyyyy" Hahaha kelakar gila, siap kitorang buat group sendiri suka suka, rasanya member dalam group kitorang semua best best and selalu kenakan budak sabah tu, comel je dia hahaha :) 

Gambar kenangan.



Semua ini kenangan. Harap dapat masuk IPG. Kalau ada rezeki, tak kemana kan :) Sekian . Nuryasirah :)



Jeritan perubahan
Sunday, April 13, 2014 at 9:21 PM
Assalamualaikun semua, setelah lama jugak tak menulis blog secara bebas, setiap kali update semuanya puisi yang terlintas di kepala, kali ini aku cerita dengan penuh tersenyum.

Semua ini bermula apabila Puan Juliet a.k.a Mummy buat satu perjumpaan selepas waktu persekolahan, aku ingatkan dia nak merancang percutian yang manarik untuk kelab perlancongan, tapi rupa - rupanya satu ujian menanti kami semua. Seramai 21 manusia menunggu dengan penuh nanti tentang apa yang ingin diperkatakan. Hahaha gaya dah macam tulis novel, ala gaya kuno gituw hahaha, tapi apa pun ini semua sebab pengaruh membaca buku Ahmad Ammar, ayat yang disisipkan dalam karya itu memang kuno la, sampai aku jadi macam ni hahaha kelakar bukan ? Balik kepada cerita kita tadi, rupa - rupanya haaa kau kena buat drama. In English pulak tu.

Minggu seterusnya, kami pun bagilah beberapa cadangan untuk tajuk drama. Macam macam la yang muncul dalam setiap kepala kami, ada yang nak buat cerita cinta, komedi, puteri pun ada haa. Tak padan dengan umur dah 19 tahun. Hahahaha tapi cerita jadi tak kelakar bila Puan Juliet tak berapa nak setuju dengan semua tajuk kitorang. Dipendekkan cerita, macam macam masalah, ragam yang ada, semua bagai nak give up sebab terlalu berkira. Semua nak perfect. Semua tension! Tajuk terakhir yang kami pilih ialah Aladdin and 7 Princess.

Tapi semua penderitaan yang kami rasa membuahkan hasil, segalanya berjaya dengan cemerlang, budak tingkatan 3 dan 4 semua turun sebab nak saksikan kami di dewan sekolah. Nervous gila nak mati masa tengok semua dah sedia nak tengok kitorang. Bila selesai, semua menarik nafas lega, semuanya dah berakhir. Walaupun kami di marah, di perli, mendengar jeritan cikgu tapi kami tak peduli apabila semuanya dah berjaya. Kami sayang Puan Juliet. Begitu juga diriku. Buat kami berubah jadi yang lebih sabar dengan dugaan dan tomohan manusia lain.

Sedikit gambar buat kenangan masa hadapan.

Watak sebenar adalah guard, tapi ramai ingat akulah Aladdin :)

  
Ini Fatin, dia jadi princess :)

Shasa ada dekat sebelah, tengok muka blurr dia hihi

Ini perkara biasa, selfie bro!

Yang seluar merah tu Director, Fairuz!

Errrr tolong jangan cakap apa apa :P

Inilah kitorang, 21 manusia yang ku sebut tadi.




Hidup Ini.
Tuesday, April 8, 2014 at 10:24 PM
Ku tersasar dari hidupku,
Tanpa arah dan tujuan,
Menitis air mataku di setiap perjalanan,
Mengesat peluh yang tidak kesampaian

Mana dusta yang kau cercakan?
Mana ilmu yang kau berikan?
Mana kata – kata nasihat yang engkau sampaikan?
Semuanya lebur dalam dakapan dan pelukan.

Tapi itu semuanya dahulu,
Ketikaku tidak memahami erti kehidupan,
Ketikaku tidak mengerti erti perjuangan,
Ketikaku tidak mengenal erti persahabatan.

Namun ada kalanya aku kecewa,
Memilih liku – liku hidup di persimpangan,
Mengenal kawan yang akhirnya menjadi lawan,
Mengetahui kebaikan dalam kejahatan.

Akhirnya aku mengerti,
Setiap perjalanan pasti ada ujian dan cabaran,
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan,
Akan ku tempuhi hidup ini demi pengalaman,
Akan ku semat iman demiMu Tuhan,
Agar aku menjadi sebaik insan.


Nukilan : Nuryasirah Ashaari



Penghuni Kaki Lima
at 10:22 PM
Izinkan aku beradu di sini
Berbumbungkan langit
Berselimutkan dingin sembilu
Beralaskan hamparan kotak-kotak

Aku masih mampu terlena
Lebih lena dari tidurmu
Bertemankan mimpi indah
Yang pernah aku alami dulu

Aku juga insan sepertimu
Ingin rasa bahagia
Sedangkan ku pilih untuk berlari
Jauh dari kehidupan realiti
Hingga aku terdampar disini

Dikau yang bergelar insan
Lemparkan sedikit simpati
Agar perutku terisi
Walau hanya sekelumit sisa dari mulutmu

Aku juga punya hati sepertimu
Tetapi disinilah hatiku
Yang ku bawa lari itu
Hati yang telah lama mati

Dikau yang bergelar insan
Hulurkan secubit kasih
Agar aku rasa dihormati
Sebagai penghuni terhormat
Di kaki lima ini


Nukilan : Nuryasirah Ashaari






← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by yasiraashaari
Do you know ?Honesty is the best policy in life