NETWORK





RECENT STORIES

MONTHLY ARCHIVE



BLOGLOVIES






Graduasi 2014
Tuesday, September 30, 2014 at 10:56 PM
Assalamualaikum
Sudah lama tak bersua
Agak sibuk dengan belajar
InsyaAllah lepas exam update macam biasa

Ini sebenarnya entry haritu yang tak sempat nak publish akibat terlalu sibuk. Maaf kerana mengabaikan blog ini

Hari ini 27.09.2014
Hari yang banyak sejarahnya
Tentang suka duka bercinta dengan buku
Hingga berlari mengejar sijil graduasi
Yes hari ini HARI GRADUASI
Dimana majoritinya akan habis SPM
dan minoritinya akan habis STPM

Tapi bagi pelajar macam aku
Majlis kali ini ibarat ku genggam sijil Diploma
Tinggal sebulan sebelum semuanya berakhir
Tapi InsyaAllah, segala jenis sahabat
Tidak akan dilupakan.












Pada 29.09.2014
Kitorang diarahkan tangkap gambar sebanyak mana yang kitorang nak, tapi semua macam taknak tambah malas sebab mood trial, okay esok ada paper and still boleh blogging arghh sekejap je takpa kan hahaha








Jamuan 2014
Wednesday, September 3, 2014 at 11:14 PM
3 September
Bukan cerita tapi peringatan
Peringatan akan datang yang bakal alpa
Tentang semua yang berlaku tika ini
Ada jamuan Hari Merdeka & Hari Raya
Semua bawa makanan
Semua kenyang tersandar
Semua habis disapu
Sambut kelahiran Puan Juliet
Sapu buah atas kek itu dulu
Tiada gambar
Sebab itu wujudnya peringatan ini










Anak Malaysia
at 11:09 PM
          Kebanyakan manusia yang hanya memandang merdeka itu hanya satu simbolik untuk bebas melakukan segalanya di atas tanah yang lembap pabila darahnya tumpah. Perjuangan yang henti seperti tiada yang berdiri. Tapi kami adalah anak pertiwi, yang mampu bangkit bila kau berlari. Menjajah tanah kami adalah tidak mungkin, tapi minda dan fikiran sudah lama kau bawa kembali ke negara asalmu wahai penjajah.

          Perghhh ayat, korang faham ? Kalau faham bagus, kalau tak bolehlah selalu baca karya sastera. Mungkin bahasamu belum cukup pekat. 57 Tahun sudah merdeka, kalau korang fikir balik, takda lah lama mana, kejap macam semut. Tapi bak kata orang, kita takkan serahkan kembali tanah kita ini.

          Sebenarnya, yasirah taknak lah bercerita, sebab kali ni better kau fahami erti merdeka. Sambutan di sekolah juga cukup meriah dengan jeritan manusia. Bangga menjadi anak Malaysia.



















← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by yasiraashaari
Do you know ?Honesty is the best policy in life