NETWORK





RECENT STORIES

MONTHLY ARCHIVE



BLOGLOVIES






Tamar Jalis in da hauss
Sunday, January 11, 2015 at 3:36 PM
Assalamualaikum hi hi hi guys, sorry sejak sejak ni asyik berpuisi je, macam dah takda kerja lain kan aku boleh buat hah maaf maaf. Apa yang boleh yasirah cakap, saya 24 jam bosan. Okay ? Hahaha so, ada cerita sikit ni, boleh dah lah cerita sikit kan dari kerja berpuisi tu haish

Okay yesterday, Abah suddenly bangunkan anak dia ni "Kakak, bangun, nak ikut Abah pergi Morib tak ?" Then dengan muka yang sangat terkejut sebab abah ganggu masa tidur sebab malam tadi pun tidur pukul 5.30 pagi ye, sangat lambat ye, itu saya tahu hahaha. And my answer was YES! Sebab dah lama terperap dalam rumah ni, nak jugak keluar jalan jalan menghilangkan bosan di kepala ni. Apa apa pun, thanks Abah ye.

Sampai je Morib, okay tengah tengah hari panas ni nak buat apa ? Angin memang kuat tapi panas weh kau ingat aku nak buat sauna ke tengahari buta ni hahaha. So, disebabkan abah pun bosan, lepak jelah menunggu adik yang main deck control tu, entah apa tah namanya hahaha so yasirah dengan adik yang satu ni main game test kekuatan, hahaha semua orang pandang, but siapa kesah kan. Kami adik beradik memang suka lawan lawan.

Then lepas je lepak Morib tu, abah nak pergi Subang Parade, yeayyy! Ni memang semangat berkobar kobar, yelah nak jumpa penulis pujaan kan, semua orang excited hahaha tapi dalam perjalanan tu sempat jugaklah tidur hahaha cukupkan tidur yang tak berapa cukup pagi tadi hahaha Sampai  je, terus parking then cari mana lah MPH dia ni, andddddd jumpa pun. Pusing pusing cari MPH dia, al-maklumlah, Abah tak selalu bawak anak dia pergi sana.

Datang je, tengok wah ramainya orang, ada ramai artis jugak. Ada Tamar Jalis, Pekin Ibrahim, Datuk Rahim Razali, then pelakon yang botak tu, alaaa tak tahu nama dia then penyampai radio Sinar FM Jamal Jamaluddin pun ada, dia lah yang mengacarakan majlis tu, fuyoo excited gila. Terus beli buku dia then beratur nak signature diorang arghhh beratur pun hampir 30 minit berdiri, tapi janji dapat dah buat hati rasa gembira dan kaki tak rasa penat, dapat jugak bergambar. Hahahaha sangat sangat seronok. Siap dapat hadiah lagi, hadiah dia kasi serious mahal mahal. Kaya betul diorang hahaha.

Then, suka punya suka baru sedar, eh kita tak makan lagi, so mama ajak pergi JJ makan Johnnys dan habis terus singgah Shah Alam ambil Opah dan balik rumah pun dah malam masa tu.

So sampai sini jelah cerita satu hari Yasirah, ada masa kita cerita lagi. Bye. Assalamualaikum.



Puisi : Malam
Saturday, January 10, 2015 at 4:23 AM
Malam
Yang tiadanya lagi lampu minyak tanah
Menghitamkan rongga hidup pabila siang
Yang hanya mampu menerangkan segenap tempat
Dalam sudut rumah yang kecil

Malam
Yang tiadanya kegelapan lagi
Memenuhi adalah cahaya lampu
Yang menembusi dinding rumah
Dengan jaluran wayar pelbagai warna

Malam
Dimana anak anak masih terjaga
Dek leka oleh teknologi moden
Membawa mereka kepada kerosakan
Yang hanya nampak dalam jangka panjang

Malam
Tak selena yang kau bayangkan dulu
Kesibukan menyamakan siang dan malam
Membentuk satu bermacam masalah
Yang kau sendiri tahu akannya



Puisi : Kebiasaan
Thursday, January 1, 2015 at 11:13 PM
Kebiasaan
Bagi kehidupan Abad 21
Atap merah yag hampir pudar
Yang banyak memenuhi ruang atas
Mendonggakkan kepala apabila melihat
Bangunan yang hampir konkrik semuanya
Menukar pandangan orang kota
Tentang apa yang dilihat mata

Kebiasaan
Roda empat memenuhi ruang bawah
Dimana manusia sibuk mencari kaya
Yang banyak datang bergolek
Pada mereka yang tahu apa itu usaha

Kebiasaan
Fikiran manusia langsung lari
Dari pegangan sebenar yang smar
Yang hanya percaya pada apa yang melanggar
Dari memahami faktor perlanggaran
Aspek kebiasaan yang makin teguh
Buat manusia makin jatuh dan jauh membuta

30.12.2014    11.10 PAGI






← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by yasiraashaari
Do you know ?Honesty is the best policy in life