NETWORK





RECENT STORIES

MONTHLY ARCHIVE



BLOGLOVIES






APA MASALAH KAU HOMEWORK ?!
Friday, January 31, 2014 at 9:26 PM
Assalamualaikum semua, haaaa dah lama kowt kita tak bersua, maklumlaa bila sekolah dah bermula, jangan harap ada peluang nak online lama-lama. Mana taknya, bila abah dengan mama selalu jaga button on off wifi, kalau dia tengok kita melebih-lebih dengan twitter and facebook, dia mula laa gatal tangan nak off -,- sebab apa ? Sebab diorang nak kita belajar. 

Mesti korang pernah mengalami situasi macam ni
Apabila korang dah study 3 jam, then mak kau cakap "Tak cukup lagi tu"

Mak : Mat, kau ni asyik melayan twitter je, tak reti nak study ke ?
Ahmad : Alaaa mak, kejap je ni.
Mak : Study laa dulu, mak risau la dengan pelajaran kau.
Ahmad :  Apa mak nak risau, Mat dah belajar dah.
Mak : Bila masa kau belajar ni ?
Ahmad : Tadi la mak oi.
Mak : Tapi kejap sangat tuu 
Ahmad : -,- *lalu masuk bilik terus tidur*

Haaa mesti pernah kan ? Okay sebenarnya awak dengan Yasirahdengan semua orang sama je. Kita ni pening antara study, homework, dan seangkatan dengannya. Nak Yasirah terang kan ke ?

Homework : Kerja rumah, cikgu kasi suruh buat dekat rumah.
Study : Kita belajar balik tanpa ada "homework" tadi :)

Haaa masih pening ke ? Kalau pening jugak, Yasirah malas nak layan la, sebab Yasirah tau, semua yang baca blog Yasirah ni orangnya bijak bijak belaka, so cepat cepat laa pickup apa yang Yasirah nak terangkan hehe 

TAPI MASALAHNYA ....... bila HOMEWORK BELAMBAK GILA SAMPAI TAK ADA MASA LANGSUNG NAK STUDY! haaa marah tu marah tu. Pernah tak korang rasa bengang sebab homework menimbun, stay up sampai pukul 1 pagi tak siap siap. Pernah tak ? Haishh bagi Yasirah, ini laa dugaan nak kena tempuh bila belajar, cikgu bagi homework macam cikgu yang lain tak kasi apa apa, macam subject dia je yang penting. Oleh sebab itu, Yasirah nak semua cikgu dalam Malaysia ni, baca ini, tolong paham kami pelajar pelajar anda yang stress ni.

Kepada cikgu, saya adalah salah satu murid cikgu, saya nak mengadu dekat cikgu, saya tak tahan cikgu kasi homework banyak gila sampai saya dah tak ada masa nak study, saya ni manusia biasa cikgu, saya perlukan REHAT yang cukup sehari, kalau cikgu punya homework je 3 jam saya nak siapkan, macam mana dengan homework subject lain ? Macam mana dengan tuisyen lagi ? Cikgu tolong la faham , saya merayu :)

Sekian. Nuryasirah Ashaari.



Tunggul.
Friday, January 17, 2014 at 2:34 PM
Semua ni berlaku sekelip mata 
tanpa kita sedari, kita berada di dalamnya
dalam sesuatu yang kadang kadang bercahaya
dan selalu dalam kegelapan
aku hanya seorang insan biasa
yang hanya tahu menangis bila ditimpa kesusahan
yang hanya tahu ketawa bila gembira
yang hanya tahu marah bila emosi melanda
kerana sememengnya aku bukan tunggul
aku melihat semuanya
aku mendengar semuanya
aku merasa apa yang patut aku rasa

Semua ni bukan apa yang aku kehendaki
tapi aku suka gaya hidup ini
walaupun kadang kadang aku rasa
risau, keliru, takut atas semua ini
tapi aku perlu berjalan selagi ia tak berhenti
selagi udara masuk dan keluar
selagi semuanya masih berfungsi

Aku perlu menikmati semua ini
aku sangat perlu menikmati semua ini
walaupun aku tahu semua ini takkan kekal lama
semuanya akan berakhir
esok, lusa, tulat entah bila lagi
bulan dan bintang kekal menjadi saksi
aku cuma hanya akan terpaku bila ia berakhir
takkan jatuh, takkan aku melutut kesedihan
kerana aku hanya menunggu masa
untuk semua berakhir

Aku tak pandai berpuisi, tak pandai bersajak, tak pandai berpantun apatah lagi bergurindam, hanya sebuah puisi yang bermain di minda pada waktu ini. Yasirah.






← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by yasiraashaari
Do you know ?Honesty is the best policy in life