NETWORK





RECENT STORIES

MONTHLY ARCHIVE



BLOGLOVIES






Bukak sekolah // The Conjuring
Saturday, December 28, 2013 at 2:13 PM

Assalammualaikum, hai semua, long time no see. Sorry la ye tak updated pun, nak kata sibuk sangat tu takda laa, tapi malas punya pasal la ni heheh

                 Rasa macam baru semalam je kita semua mula bercuti. Tup tup dah nak masuk tahun baru dan sesi persekolahan dah nak mula. Hai cepat benar masa berlalu. Sesi baru barang-barang juga mesti nak yang baru. Kalau tak, semangat nak sekolah tu macam ada takda je hehe kan kan ? Alhamdulillah , abah mampu mengadakan keperluan persekolahan anak-anaknya. Cewahh ayat :) Mana taknya, banyak anak nak kena uruskan, Yasirah dengan Tingkatan 6, Azfar dengan Tingkatan 5, Azwar dengan Tingkatan 1 dan Amil dengan Darjah 1 dia :) Itu baru barang keperluan, buku diorang lagi -,- kalau tengok fuhh sakit hati, banyak sangat nak kena balut, cuba bayangkan, kalau sorang buku dia dah 25 buah, kalau 3 orang, tak ke 75 ? Tangan ni ada dua je, buku sendiri lagi nak kena balut ? Putus la tangan aku :) Hahahaha 

                Tapi kan, kadang-kadang aku rasa sekolah dah nak buka lagi seram daripada filem The Conjuring. Mana taknya, masuk je sekolah, ceramah dari mulut cikgu mula la memainkan peranan. Kalau ceramah dari satu cikgu takpa la jugak, tapi kalau 5 cikgu nak cakap pasal benda yang sama, berdarah telinga ni. Hahaha tapi takda la sampai kronik macam tu :) Kena pulak tahun depan last year aku dekat sekolah tu, aku takkan datang balik la :) Hahaha melainkan tiba-tiba jadi cikgu then mengajar dekat situ hohoho *berangan je lebih aku ni*

               Tapi apa apa pun, zaman sekolah la, zaman yang paling best :) Kalau tak dimanfaatkan dengan baik, sia sia je kau sekolah dik oi hahaha. Baik kau terus kahwin je kaw kaw ! Hahahaha tapi bila cakap pasal kahwin ni, zaman sekarang banyak jugak la, baru budak sekolah dah kahwin, dasyat gila hampa semua eh. Gelejoh sangat ke ? Tapi bagus la kan dari buat benda benda tak berfaedah. Tapi kalau pandai jaga diri, jaga keluarga takpa la :) Kalau tak, sia sia kau kahwin awal, kecik-kecik dah jadi duda dan janda :) Hoho

--------------------------------------------------------------------------------------

              So, sampai disini saja lah entry Yasirah, maaf kalau terkasar bahasa ke kan :) Selamat kembali ke sekolah bagi yang masih bersekolah. Yang baru lepas SPM, kau pergi la kerja, takkan duk terperap je dekat rumah tu! Haishh korang ni ish ish ish. So bye bye, Assalamualaikum :)



Tak sampai hati sebenarnya
Thursday, December 12, 2013 at 3:51 PM
Nowadays, perangai manusia ni makin pelik-pelik. Makin berani tembak orang sana, tembak orang sini bila tak puas hati. Mulut pulak makin tercirit-cirit nak cakap orang tu salah, orang ni tak betul. Entah. Nak kata buang tebiat, tak jugak. Mungkin sifat 'Aku yang paling betul' makin menebal. Keyakinan tu seratus peratus dalam diri. Kan? Haha.
 
Apa yang paling utama sebenarnya perasaan 'tak sampai hati' tu kena ada. Sebab manusia ni memang lah macam-macam ragam. Tak boleh control lah. Nak jaga hati pon kemain payah. Kan? So, bila ada perasaan 'tak sampai hati' tu atleast kalau macam nak buat sesuatu yang jahat atau melontarkan kata-kata yang mengguris hati dapat lah di tahan-tahankan. Biar je kite cuma cakap "Ehhh budak ni. Aku tengok kecik beso kecik beso je." Marah tapi dengan sopan dengan gurauan. Cececehhh. 
 
Aku pon ada perangai yang buruk yang boleh buat orang sakit hati. Ehhh mesti ada punya lah. Sedang manusia semulia Nabi Muhammad pon ada orang tak suka, apa lagi kita yang sememangnya annoying ni kan? Haha.
 
Kadang-kadang tu perangai aku entah apa-apa tu kemain lah. Hehehe. Kalau tak puas hati tu sungguh-sungguh bantah. Hmm. Macam mintak kaki betul. Tapi lama-lama aku tersedar lah yang aku tak sepatutnya macam tu. Aku kena bertenang. Aku kena lah cool. Dah kata kepala tingtong tapi tak cool. Amendeee kan? 
 
So, aku slow-slow jadi sabar sikit, ehh sikit lagi dan sikit lagi. Gitu. Tapi sebagai manusia, aku kadang-kadang hilang sabar jugak. Wakakaka. Tapi make sure kawal penyakit 'cirit mulut' tau tau tau. Kalau marah tu, marah je pada benda yang kita rasa tak betul. Means pada masalah yang timbul je. Jangan babitkan tok nenek entah apa meraban tak tau. Meroyan ke? 

Ingat. Kita pon ada perangai buruk. Jangan rasa macam kita ni baik sangat. Bila marah je, nak sembur kemain. Padahal perangai kite pon 2x5 je. Puihhh cakap dengan cermin! Sekarang ni hati manusia semakin mengganas tau. Jadi, behave lah sikit. 

Kita lebih kenal siapa diri kita. Kita tahu macam mana nak kawal diri kita. Jangan biar syaitonnnirojim jadik driver dalam diri kita. Bila tak puas hati, cakap terus terang tapi bukan dengan menyakitkan. Ingat, hati manusia ni lain-lain. Kita jangan expect orang akan faham apa yang kita cakap, apa yang kita sedang lakukan. 
 
Selagi mampu sabar, kita kena sabar. Tak mampu sabar, kita nangis untuk basuh hati kita. After tu kite muhasabah diri kita. Kenapa benda tu benda ni jadi kat kita. Gittew. What ever it is, tanya dalam hati 'Apa sebenarnya yang aku nak?' No need gaduh-gaduh. Tak best pon sebab nanti kena masam-masam muka. Kan? 
 
Dan aku masih lagi belajar untuk jadi seorang yang penyabar tahap matang. Haha. Masih cuba dan kadang-kadang tersasar dan cuba lagi. Kita hidup mesti lah nak orang senang dengan diri kita kan. Even dah buat baik camane pon tetap orang tak suka, biarkan. Tu pentingnya sifat 'tak amik tahu hal orang'. Walaupun perkara tu paling susah untuk aku ajar dalam hati aku. Coz I love them so much. Coz I want to taking care of them. Nak diorang selesa. Tapi nampaknya ada beberapa kelompok tu tak relevan langsung untuk aku amalkan sikap 'amik tahu'. Buang masa. 

-------------------------------------------------------------------------------------

Realitinya, nak berubah jadi manusia bertamadun ni susah. Ujiannya tu botingkek-tingkek. Assalamualaikum.



Tua sudah diri ini
Wednesday, December 4, 2013 at 6:21 PM
Haaa kenapa pulak ? Kenapa Yasirah cakap macam tu ? 

              Okay mungkin ada yang tahu yang Yasirah sekarang dah officially 18 years old :) Hahaha muda lagi ni kan ? Tapi masih ada jugak segelintir yang panggil Yasirah tua :) Well, mereka jealous mungkin. Hahaha memang la Yasirah makin tua :) Dalam dunia ni, setiap saat, setiap detik kita menuju tua :) Jadi, Yasirah tak kesah laa dipanggil tua :) Hahaha

             Semalam 03 December 2013 adalah tarikh keramat :) Kini genaplah umur Yasirah 18 tahun :) Keramat la sangat :P Btw, Yasirah nak ucapkan thank you so much kepada semua yang wish Yasirah di Whatsapp, Facebook, Twitter, LINE dan ada yang direct jumpa Yasirah :P Terharu ni ~ Nak tau satu cerita ? Haaaa meh sini datang dekat, cerita ni tak boleh diheboh-hebohkan hahaha, dengar dan baca dari dalam hati je tau :P Haaaaa *tarik nafass* *hembus* huuuuu okay.

Dekat mana dan bila Yasirah lahir ?

             Dulu, mama Yasirah ada cakap, antara banyak-banyak anak yang mama ada, Yasirah la yang paling susah nak keluar. Hampir sehari lebih menahan sakit nak bersalin, tapi tak keluar-keluar. Mama cakap Yasirah degil taknak keluar :P Hahaha oleh kerana Yasirah taknak keluar, Yasirah telah pun dihantar ke Hospital Ipoh, sebab doktor dekat Hospital Batu Gajah tu takut kalau ada apa apa yang jadi dekat Yasirah yang masih dalam perut ni :) So, ambulans datang ambik mama pergi Hospital Ipoh pula :) Jadi akhirnya, Yasirah dilahirkan di sana pada tarikh 03 December 1995 pada pukul 1.50 pagi :) Mama cakap "Orang lain sibuk tidur, kau pulak sibuk nak keluar" Hahaha ayat ni selalu buat Yasirah ketawa kaw kaw !

Macam mana Abah boleh letak nama Nuryasirah Ezzati ?

             Cerita abah macam ni, Abah Yasirah kan seorang guru, jadi nak dipendekkan cerita, dulu pada tahun 1995 sebelum Yasirah lahir, abah minat dekat seorang anak murid/pelajar dia ni, cina pulak tu uowllss ! Tak percaya ?  Haaaa abah minat sebab pelajar abah ni rajin, selalu skor dalam exam, bak kata Abah memang pandai gila kaw kaw ! Hahaha nama dia Yasirah Ong ! Hahaaa kan budak cina tu :) Haaa tadi Yasirah cakap taknak percaya :P K gurau hehe. Jadi oleh kerana minat yang teramat dekat pelajar tu, Abah letak laa nama "Yasirah" tu dekat anak sulung dia yang ni *Tunjuk dekat diri*

Haaa yang "Nur" tu biasa laa, masa zaman tu, semua orang nak letak nama anak dia ada Nur :) Kan maksudnya Cahaya :) Hmmmm terang je kan kan ?

            Sekarang, macam mana pulak boleh ada "Ezzati" dekat hujung nama tu ? Haaaa nama Ezzati tu abah letak sebab huruf "E" haaaa mesti korang peling kan ? Ni disebabkan sepupu Yasirah semuanya ada E, sorang nama Elmi, sorang nama Ellis dan lagi sorang nama dia Eliza. So, Yasirah pun kenalah ikut :P Tapi kalau ikut asalnya, Nama Yasirah ialah Nuryasirah Zahra ! Wuuuu sedap gila nama tu kowt ! Tapi abah taknak , mama pun ikut je :) Hahahaha

--------------------------------------------------------------------------------------------
              Jadi itu la cerita Yasirah kali ni, nak cerita panjang-panjang pun dah tak boleh, tangan dah lenguh, InsyaAllah entry akan datang, Yasirah akan tunjukkan gambar masa Yasirah kecil kecil :) InsyaAllah, itupun kalau terserempak dengan album lama tu :) Hahaha okay ? Bye bye, Assalamualaikum



Kidin Mat Korea
Monday, December 2, 2013 at 2:32 PM
Mat Korea ? Sapa Mat Korea ni ? Hahaha ni yang nak cerita ni.

          Setelah exam habis, cuti akhir tahun pun tiba, so apa lagi, masa yang ada perlulah dimanfaatkan dengan mencari lubang-lubang kerja. Hahaha masa hari terakhir sekolah tu, syasya ada bagitau yang tempat dia ada kosong. tapi dekat JJ Bukit Raja. Haissshhhh Yasirah bukan taknak kerja situ, cuma tak berapa berkenan pasal masa rehat dia dan dekat situ banyak orang kenal laa :) Kang malu dibuatnya hahaha *tetiba gedik*

          So, Yasirah ingat nak cari kerja dekat SCM atau nama panjang dia Setia City Mall bagi yang tak tau laa ye, so malam sebelum nak pergi tu, Yasirah dok belek-belek whatsapp, sekali terjumpa nama KIDIN ! wuuuu macam nak melompat pun ada :) Haaaaa Kidin atau nama asal Naquiddin ni memang Mat Korean habis weh. Kalau call dia, caller ringtone dia lagu FT Island ! Hahaha Yasirah pun apa lagi kacau laa dia . Ni antara perbualan kami. Pink Yasirah, Biru dia :D

Kidinnn ! Comel gambar wewe
Hahaha Thanks
Haha apa khabar sekarang ? Study mana ?
Alhamdulillah. Kerja lagi laa
Tak belajar ? Kerja mana weh ?
Bulan 12 ni aku belajar la, kerja dekat SCM 
SCM tu besar weh. Bahagian mana kau kerja ? Aku pun tengah cuti ni.
Parkson la. Cuti sampai bila ?
Bulan 1 start laa, bosan gila duduk rumah ni, kau kerja jenama apa ?
Sembonia. Meh la datang sini .

            Haaaa so tu la antara apa yang kitorang cakap. Sebenarnya panjang lagi tapi takkan la Yasirah nak tulis semuanya. No no no ada yang rahsia :P Hahaha so, dipendekkan cerita esoknya Yasirah pergi la SCM semata mata nak jumpa Kidin then kalau boleh nak cari kerja sekali laa :) Yasirah duk cari mana laa jenama Sembonia ni, haaaa sekali jumpa ! Tapi dia takda :( Yang ada member Yasirah yang lain. Opsss lupa nak cerita, Yasirah dulu kerja Parkson jugak :P Hehehe. So, Yasirah call la dia, call dalam lima kali macam tu, dia tak angkat. Then Yasirah pergi la tempat dia balik. Yasirah nampak Kidin !! Yeayyy ! Kidin dari jauh dah nampak Yasirah, siap lompat lompat lagi. Haishhh comel je kidin ni :) Btw, Kidin ni memang comel pun, muka dia macam budak budak tapi handsome, then pakai spec hijau, badan kurus slim je, tinggi la jugakk eeeeee geram la pulak :P Opssss maaf maaf hahaha

             So paham paham jelaa setelah sekian lama tak jumpa Si Kidin ni, kitorang apa lagi sembang laa, hua hua hua al-maklumlaa lepas rindu la kowt. Hahaha mana tak nya, dah 6 bulan tak jumpa :) Yasirah ingat lagi masa keluar jalan jalan dengan dia :) Semua dia belanja ! Sweet gila kau ! Hahaha then Yasirah tanya laa dia kalau ada kerja kosong, dia cakap "InsyaAllah, nanti aku cari kan"  Hmmm best gila dapat member yang tolong member ni :) Dah la caring pulak tu, haaaa nak tau kenapa Yasirah cakap dia caring ? Sebab masa kerja dulu, kalau nak keluar rehat ramai-ramai, dia takkan lupakan Yasirah, dengan erti kata lain, kita kena rehat sesama ! Hahaha oleh sebab tu, dah menjadi kebiasaan bila nak rehat je, Yasirah akan tanya orang lain "Kidin mana ?" Hahaha kelakar laa.

           Masa kerja dulu, kitorang rehat sejam je, lepas makan dalam 30 minit, kitorang wajib main Daytona. Apa Daytona tu ? Haaa Daytona ni game kereta yang siap dengan tempat duduk, stering kereta and then ada race dekat skrin tu. Alaaaa yang kena masuk token tu la :D Haha dulu masa mula mula kerja, Yasirah macam awkward la nak main game tu, lagi lagi semua member lelaki, Yasirah sorang je perempuan. Tapi lama-lama, Yasirah dah sekaki dengan diorang, banyak kali jugak laa diorang kalah dengan Yasirah :D Hahaha kesian :P ini kira rutin hari hari babe ! Main game adalah kebiasaan bagi kami. Geng Yasirah ni terdiri daripada Kidin, Arif, Nami, Azzam, Aizat dan Yasirah. Tapi ada jugak laa member member lain yang kekadang join kitorang.

            Haaa nampak tak ? Yasirah cerita dah meleret. Dari Mat Korea, kini dah sampai kisah sejarah waktu enam bulan lepas :P Hahahaha sambung cerita pasal Kidin tadi, Yasirah dapat berjumpa dia tapi malangnya tak dapat nak tangkap gambar dengan Mat Korea ni, dah la susah nak jumpa dengan dia :D So Yasirah pun balik laa dengan hati yang gembira, cewahhh then sekarang boleh dikatakan tiap tiap hari Yasirah akan whatsapp dengan dia, borak borak kekadang sampai tengah malam. Ni baru member sejati bai :) and I miss you too friend ! Hahaha walaupun Yasirah kenal dia tak lama tapi macam-macam kenangan manis yang ada ♥ Hihi dah lah, kalau bercerita sampai esok pun takkan habis. Bye bye, see you guys in the entry :) Assalamualaikum






← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by yasiraashaari
Do you know ?Honesty is the best policy in life