NETWORK





RECENT STORIES

MONTHLY ARCHIVE



BLOGLOVIES






Dulu MH370, Sekarang MH17
Saturday, July 19, 2014 at 10:21 AM
Gambar Pesawat MH17 Ditembak Jatuh Terhempas di Ukraine – Rusia. Malaysia Airlines (MAS) Menjadi “Pemain Utama” Nahas Penerbangan Dunia! Di bulan Ramadhan yang mulia ini Malaysia sekali lagi dihidangkan dengan satu ujian besar bagi warga Malaysia Airlines (MAS), kerajaan Malaysia, rakyat Malaysia umumnya dan paling berat berita untuk dihadapi pastinya kepada keluarga mangsa MH17 Malaysia Airlines MAS.

Berita MH17 terhempas di Ukraine begitu mengejutkan, amat dahsyat dalam sejarah….penerbangan dunia dan sekali lagi Malaysia Airlines (MAS) “terpaksa” menerima hakikat menjadi pemain utama dalam nahas yang mana seramai 43 rakyat Malaysia yang terlibat dalam tragedi pesawat MH17 ditembak jatuh terhempas di Ukraine.

Walaupun pesawat MH17 MAS Malaysia Airlines diistiharkan selamat untuk dilalui oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, tetapi nahas buruk pesawat MH17 ditembak jatuh terhempas di Ukraine tetap berlaku.

Di pihak Malaysia setakat ini, Berita semasa dimaklumkan daripada 298 penumpang kapal terbang Mh17 Malaysia Airlines MAS ini 43 orang adalah rakyat Malaysia termasuk yang lebih menyedihkan apabila terdapat 2 bayi terlibat dalam nahas pesawat MH17 ditembak jatuh terhempas di Ukraine – Rusia yang mana anda boleh semak butiran senarai penumpang pesawat Mh17 Malaysia Airlines
 
Keadaan sekarang ini lokasi kejadian di Ukraine, begitu banyak mayat penumpang MH17 MAS Malaysia Ailines hangus dijilat api dan dilihat bergelimpangan dari lokasi pesawat MH17 ditembak jatuh terhempas di Ukraine – Rusia. Manakala ekor kapal terbang MH17 MAS telah berjaya dikesan di ladang jagung berdekatan.

Gambar pesawat yang dapat dirakamkan selepas terhempas.



Hampir seluruh surat khabar di dunia memaparkan berita terkejut ini.























← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by yasiraashaari
Do you know ?Honesty is the best policy in life