![]() |
![]() |
NETWORK ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() BLOGLOVIES
|
Sunday, February 22, 2015 at 10:18 PM
Angin sejuk menusuk ke dalam tulang
Memaksa aku menutup ruang sentuh
Pagi yang menyakitkan rongga nafas
Terhadap angin bikinan manusia
Lagu yang dimainkan
Melodi yang dihayunkan
Hari yang menjadi laluan
Tiada berhenti dalam putaran
Setiap puisi punya tujuan
Untuk sampaikan yang keruan
Tentang persoalan yang dimainkan
Supaya terjawab segala kesakitan
Tetapi apa yang masih tertanya
Takut antara hati dan kenyataan
Hati yang merana menginginkannya
Dan masyarakat yang memusnahkannya
Apa yang hanya ku mahu
Adalah satu perasaan yang muncul
Pabila satu senyuman yang terukir
Agar hidup dapat indah terlakar
22/02/2015
|