NETWORK





RECENT STORIES

MONTHLY ARCHIVE



BLOGLOVIES






Puisi : Orang atas
Sunday, December 28, 2014 at 10:21 PM
Datang kembali tanpa disedari
Menyinari siang ku yang membeku
Menerangi malam ku yang mewangi
Dalam hati seseorang bernama aku

Walaupun sekejap dan seketika
Hati dah tak mampu menipu
Mulut dah tak mampu membisu
Bahawa aku jatuh cinta padamu

Kalau biru mampu menukarkan merah ke jingga
Begitu juga sayang kepada cinta
Daripada seorang kawan yang aku punya
Kini mungkin hatiku miliknya

Orang kata cinta tak boleh dibeli
Kerna ia mungkin tak lama dimiliki
Kalau cinta ku kini kau balas
Itu tandanya ku benar - benar ikhlas

Orang atas selalu nasihati 
Jangan buat drama hari - hari
Mungkin takut berubah hati
Serius sayang itu takkan terjadi

Kenapa puisi terlalu jiwang
Kerna fikiran selalu melayang
Pada orang yang aku sayang
Itulah sebab puisi ini dikarang

Nukilan tangan dari hati sendiri
27/12 - 28/12/2014






← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by yasiraashaari
Do you know ?Honesty is the best policy in life