![]() |
![]() |
NETWORK ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() BLOGLOVIES
|
Saturday, January 10, 2015 at 4:23 AM
Malam
Yang tiadanya lagi lampu minyak tanah
Menghitamkan rongga hidup pabila siang
Yang hanya mampu menerangkan segenap tempat
Dalam sudut rumah yang kecil
Malam
Yang tiadanya kegelapan lagi
Memenuhi adalah cahaya lampu
Yang menembusi dinding rumah
Dengan jaluran wayar pelbagai warna
Malam
Dimana anak anak masih terjaga
Dek leka oleh teknologi moden
Membawa mereka kepada kerosakan
Yang hanya nampak dalam jangka panjang
Malam
Tak selena yang kau bayangkan dulu
Kesibukan menyamakan siang dan malam
Membentuk satu bermacam masalah
Yang kau sendiri tahu akannya
|