NETWORK





RECENT STORIES

MONTHLY ARCHIVE



BLOGLOVIES






LOL!
Sunday, April 9, 2017 at 9:34 PM
Cerita dia sekarang
Aku balik rumah cuti mid semester
Aku duduk rumah, jalan-jalan and yeahhhh

My brother teach me how to
Play League of Legends
Sekarang aku ketagih, but
UNIMAS Wi-Fi tak bagi buka Garena

& now aku gila. Bye.
Rindu Azwar, jimbet ? Boleh lah hahaha



Mangsa Keputusan
Saturday, February 18, 2017 at 10:32 PM
Aku sendiri pening melihat situasi
Katanya ini semua untuk kebaikan aku
Tetapi kenapa aku merasa berat
Dimana baiknya ? Atau sebaliknya ?

Bila memikirkan kembali
Mungkin ini satu dugaan lagi
Atau hanya mainan mimpi
Yang hanya mahu aku bangun berdiri

Aku sakit, pedih dan terbiar
Seperti semak yang semakin meninggi
Melambai di tiup angin cemar
Menikmati keindahan alam sebelum mati



Limitasi
at 7:19 PM
Setiap manusia mempunyai limitasi
Seperti burung terbang tinggi
Kadang diri terasa semangat
Kadang diri terasa penat
Mengejar sesuatu yang tidak pasti
Itu lebih memenatkan, merugikan

Tetapi aku hanya wanita biasa
Hanya mempunyai satu hati
Hanya mempunyai satu cinta
Akan tetapi, adakah aku salah mencintai ?

Kalau aku mampu mengundur masa
Akan ku ubah nasib ku ini
Supaya aku tak begini sakit merasa
Dua tahun lepas akan ku jauhi diri

Tapi aku dah terlambat. Terlambat.



KEJOHANAN OLAHRAGA UNIMAS 2016
Sunday, December 11, 2016 at 3:02 PM
Kejohanan Olahraga Kolej-Kolej Kediaman UNIMAS 2016
3 December - 4 December






Berubah kah aku ?
Wednesday, November 23, 2016 at 12:53 AM
Manusia mudah berubah
Fizikal mental semua sama berubah
Aku sedar aku berubah
Aku sedar engkau berubah

Aku tahu perubahan ini bukan biasa
Kesakitan itu nikmat terdiam
Sakitku tanggung ditimpa batu
Jatuh ke dada menghentam aku

Dunia ralit berputar ligat
Membuatkan aku merasa liat
Tanggungjawab aku pikul terbuang
Akan kerana wujud bergemanya ruang

Hati ini kian lama menjadi kosong
Semakin menjerit meminta tolong
Aku takut akan perginya sudah
Perasaan cinta yang samar terindah

Yash Ashaari
1.52 am    23/11/16



Lama tak bersua ye ?
Monday, October 17, 2016 at 2:39 PM
Assalamualaikum and hi semua !!

Huh lama gila aku tak ber-blog ni, rasa macam excited pun ada, kena lah pula hujan lebat di Kota Samarahan ni, so aku sedikit bersemangat. Mama kata dekat Klang pun asyik hujan je hahahaha insyaAllah flight aku kejap lagi and dah sampai rumah nanti nak mandi hujan hehe lama tak buat, dulu masa kanak-kanak je buat kan hahahaha

So far, sekarang aku dah Semester ketiga, pejam celik dah Tahun 2 aku di sini. Alhamdulillah, semester lepas aku dapat Anugerah Dekan hahaha pointer betul betul atas garisan 3.5 hahaha insyaAllah semester kalini aku akan buat yang lebih terbaik buat diri ini. Amin




1115 and still counting
Tuesday, May 31, 2016 at 11:47 AM












Penijazahan Silat
Tuesday, April 26, 2016 at 11:42 AM
Al kisah dia bermula bila kitorang nak makan lepas habis Penijazahan Silat dekat Kuching, tup tup berhenti makan dalam satu kedai antik gila ni, apa lagi Yasirah main lah peranan dia jadi photographer malam tu hahaha






BRC : Jum Zumba 2015
Friday, December 11, 2015 at 10:11 AM



InterCollege 2015
at 10:03 AM





FAMILY DAY 9/11- 11/11
Monday, October 26, 2015 at 5:12 PM



Far away lover
Sunday, September 27, 2015 at 2:56 PM



Salam UNIMAS
Thursday, September 10, 2015 at 10:42 PM
Assalamualaikum semua
Apa khabar ?
Salam orang Sarawak disini 

Salam UNIMAS gemilang :)

          Pengalaman akan mematangkan kita, lagi jauh kita berjalan, lagi banyak pengalaman yang akan kita dapat. Walaupun berjauhan dengan keluarga, tapi kena ingat kita memegang harapan keluarga supaya belajar sehingga ke menara gading dan mendapat pengalaman darinya. Semakin kau tua, semakin banyak yang perlu ada bagi menempuh dunia yang banyak halangan ini.

          Wah cakap dah macam bagi nasihat haha tapi itulah hakikatnya bagi aku yang dah nak hampir umur 20 tahun ni, berjauhan dengan keluarga dan yang tercinta tak menghalang aku untuk belajar di Bumi Kanyalang ini, Sarawak. Tapi rindu itu tetap rindu, takda apa yang boleh membuang perasaan rindu terhadap "Home" 

         Setelah menempuh 5 hari Majlis Aluan Pelajar di UNIMAS bagi intake 15/16, akhirnya sudah bermulanya kelas bagi degree yang aku ambil ini. Aku mengambil program Sinematografi atau lebih mudah disebut aku sebagai budak filem. Hope aku takda masalah disini, dan matlamat aku akan tercapai. Amin hihhi and btw sini subuh 5.20 pagi :) Kalau boleh bangun awal, aku memang syorkan dengan korang, masuklah UNIMAS. Seronok bila overseas ni :)




THROWBACK MALAKA VACAY
Friday, August 28, 2015 at 4:33 PM



Ke UNIMAS ke kita ?
Thursday, August 27, 2015 at 10:46 AM
ASSALAMUALAIKUM

Lama sungguh aku menyepi dalam blogging ni
No time lah nak menghadap blog bila badan penat kerja
Tapi InsyaAllah akan diteruskan after this
Kerja pun dah takda, so jom Yasirah cerita sikit

          11 August yang lalu, bila semua kawan kawan gelabah nak tahu keputusan yang akan menentukan masa depan diorang, aku pun merasai perkara yang sama, aku pun gelabah, aku pun kecut perut. Aku takut sangat kalau aku tak dapat nak masuk mana mana Universiti.

          Pagi pukul berapa tah, check keputusan guna phone Goh, aku check situ sebab phone dia ada line, Celcom memang takda line dalam Klang Parade. Hantar sms then dapat je keputusan, aku terus terduduk. Semua pandang. Tahu tak bertapa aku bersyukurnya dapat sambung belajar. Aku terus ws "kekasih" dan aku pun macam wow sebab dia dah pergi tengok result UPU aku sebelum aku sendiri yang tengok. Hahaha



          Bagitahu mama, mama macam terkejut, mama macam taknak bagi. Balik suruh bincang semua. Bila malam je balik, mama muka dah lain, abah relax je, aku makan terus masuk bilik. Mama panggil, aku pun haish malasnya, ni mesti taknak bagi lah ni. Abah buka mulut je, aku diam, abah bagitahu itu ini, aku diam, aku menangis je, aku tak tahu nak buat apa. Teruk sangat ke kursus degree yang aku dapat ?

          Tapi setelah berminggu minggu, semua ni dah selesai, dan minggu depan aku akan terbang menjejakan kaki di Negeri Sarawak. Tak sabar rasanya hati ini. Hihhi.



Puisi : Kerja Sekitar
Sunday, February 22, 2015 at 10:18 PM
Angin sejuk menusuk ke dalam tulang
Memaksa aku menutup ruang sentuh
Pagi yang menyakitkan rongga nafas
Terhadap angin bikinan manusia

Lagu yang dimainkan 
Melodi yang dihayunkan
Hari yang menjadi laluan
Tiada berhenti dalam putaran

Setiap puisi punya tujuan
Untuk sampaikan yang keruan
Tentang persoalan yang dimainkan
Supaya terjawab segala kesakitan

Tetapi apa yang masih tertanya
Takut antara hati dan kenyataan
Hati yang merana menginginkannya
Dan masyarakat yang memusnahkannya

Apa yang hanya ku mahu
Adalah satu perasaan yang muncul
Pabila satu senyuman yang terukir
Agar hidup dapat indah terlakar

22/02/2015




Puisi : Bangsa Bangga
at 10:08 PM
Dunia yang dipenuhi masyarakat
Terlalu mampat untuk bernafas
Dalam kota konkrit yang luas
Menutup ruang fikir yang buas

Dalam hati berkata - kata
Adakah kau wujud dalam bangsa
Bangsa yang kau genggam sejak lahir
Dan bakal juga kau mati atas namanya

Pernah kau bertanya pada diri
Adakah kau bangga dengan bangsa
Tentang hala tuju dan wawasan bangsa
Yang makin pudar dimamah jiwa moden

Setiap pegangan yang tua tunjukkan
Adakah bangsa kau amalkan
Atau masih kau tertanya tentangnya
Kelogikan yang bermain di masa

Setiap langkah yang bangsa lakukan
Menuju pada sesuaru yang gelap
Tentang kehidupan masyarakat
Yang pada akhirnya menuju kekeliruan

2.33 PM
22/02/2015



Puisi : Lembaga Hitam
at 9:45 PM
Dia tak banyak menakutkan aku
Tentang wajah dan tingkah laku
Tentang senyuman dan ketawa
Tentang lapar dan dahaga

Ada kalanya aku mencetus marahnya
Jelingan mata tajam terus darinya
Kepada aku yang hanya insan biasa
Supaya dapat aku faham isi hatinya

Banyak perkara yang dibencinya
Tentang seruan selain darinya
Menambahkan  sakit dalam jiwa
Yang bakal menjadi punca tangis raganya

Setiap kala siang sentiasa disisi
Setiap kala malam sentiasa menemani
Antara tidur dan jaga ku
Antara realiti dan mimpi buatan ku

Kau masih lembaga yang menakutkan
Tentang kehilangan yang tiada ganti
Jangan kau pergi meninggalkan
Walaupun hati tidak sengaja di sakiti

3.19 P.M
22.02.2015



Puisi : Sayang
Thursday, February 5, 2015 at 10:02 AM
Kalau cerita bukan semua boleh terima
Manusia yang pelik muncul dalam kalangan kita
Tapi apa yang dirasa, patut dikongsi bukan ?
Atau kau hanya mahu simpan sampai bila bila ?

Pabila umur meningkat dewasa
Dengan ketinggian yang sama oh no man hahaha
Satu entiti yang muncul secara tiba tiba
Buat kita rasa "Yes, inilah cinta" hahaha

Persoalan demi persoalan di mainkan
Membuatkan kita berfikir lalu ukir senyuman
Kita tak begitu lama, sekejap sahaja.
Tapi inilah kenyataan yang makin terasa

Kenapa saya suka awak ?
Kenapa saya sayang awak ?
Kenapa saya cintakan awak ?
Kenapa saya suka panggil awak "sayang" ?

Biar menjadi rahsia, sampai bila bila. Kan sayang kan ? Hahaha




Tamar Jalis in da hauss
Sunday, January 11, 2015 at 3:36 PM
Assalamualaikum hi hi hi guys, sorry sejak sejak ni asyik berpuisi je, macam dah takda kerja lain kan aku boleh buat hah maaf maaf. Apa yang boleh yasirah cakap, saya 24 jam bosan. Okay ? Hahaha so, ada cerita sikit ni, boleh dah lah cerita sikit kan dari kerja berpuisi tu haish

Okay yesterday, Abah suddenly bangunkan anak dia ni "Kakak, bangun, nak ikut Abah pergi Morib tak ?" Then dengan muka yang sangat terkejut sebab abah ganggu masa tidur sebab malam tadi pun tidur pukul 5.30 pagi ye, sangat lambat ye, itu saya tahu hahaha. And my answer was YES! Sebab dah lama terperap dalam rumah ni, nak jugak keluar jalan jalan menghilangkan bosan di kepala ni. Apa apa pun, thanks Abah ye.

Sampai je Morib, okay tengah tengah hari panas ni nak buat apa ? Angin memang kuat tapi panas weh kau ingat aku nak buat sauna ke tengahari buta ni hahaha. So, disebabkan abah pun bosan, lepak jelah menunggu adik yang main deck control tu, entah apa tah namanya hahaha so yasirah dengan adik yang satu ni main game test kekuatan, hahaha semua orang pandang, but siapa kesah kan. Kami adik beradik memang suka lawan lawan.

Then lepas je lepak Morib tu, abah nak pergi Subang Parade, yeayyy! Ni memang semangat berkobar kobar, yelah nak jumpa penulis pujaan kan, semua orang excited hahaha tapi dalam perjalanan tu sempat jugaklah tidur hahaha cukupkan tidur yang tak berapa cukup pagi tadi hahaha Sampai  je, terus parking then cari mana lah MPH dia ni, andddddd jumpa pun. Pusing pusing cari MPH dia, al-maklumlah, Abah tak selalu bawak anak dia pergi sana.

Datang je, tengok wah ramainya orang, ada ramai artis jugak. Ada Tamar Jalis, Pekin Ibrahim, Datuk Rahim Razali, then pelakon yang botak tu, alaaa tak tahu nama dia then penyampai radio Sinar FM Jamal Jamaluddin pun ada, dia lah yang mengacarakan majlis tu, fuyoo excited gila. Terus beli buku dia then beratur nak signature diorang arghhh beratur pun hampir 30 minit berdiri, tapi janji dapat dah buat hati rasa gembira dan kaki tak rasa penat, dapat jugak bergambar. Hahahaha sangat sangat seronok. Siap dapat hadiah lagi, hadiah dia kasi serious mahal mahal. Kaya betul diorang hahaha.

Then, suka punya suka baru sedar, eh kita tak makan lagi, so mama ajak pergi JJ makan Johnnys dan habis terus singgah Shah Alam ambil Opah dan balik rumah pun dah malam masa tu.

So sampai sini jelah cerita satu hari Yasirah, ada masa kita cerita lagi. Bye. Assalamualaikum.






← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by yasiraashaari
Do you know ?Honesty is the best policy in life