NETWORK





RECENT STORIES

MONTHLY ARCHIVE



BLOGLOVIES






Tak salah bersangka baik
Friday, March 28, 2014 at 12:13 AM
Manusia hari ini suka bersangka-sangka

Ada yang sangka baik
Ada yang sangka buruk
Orang yang beribadah disangka riak
Orang yang rileks disangka malas
Orang yang makan banyak di sangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka menunjuk
Orang yang baik disangka buruk
Orang yang buruk disangka mulia
Orang yang senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Manalah tahu
Orang yang diam itu berzikir kepada Allah
Orang yang senyum itu kerana bersedekah
Orang yang masam itu kerana mengenang dosa

Jauhilah sikap suka bersangka-sangka
Kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
Seperti musnahnya kayu dimakan api



Suratan atau Kebetulan ?
Thursday, March 27, 2014 at 7:52 PM
Pernah ke korang terfikir yang korang akan jatuh cinta pada hari apa? pukul berapa ? zaman bila ? bulan apa ? umur berapa ? and blah blah blah?

Yess! aku dah tahu jawapan korang! mestilah "tidak!" . Ke ada yang mempunyai ilmu yang boleh tilik masa depan ? oh merepek! tak mungkin! kau ingat kau doraemon? punya pocket ajaib yang boleh keluarkan benda-benda merepek? kemonnnnnnnn!!! nonsense right? okay lets I share with you'all about apa yang berlaku sejak beberapa hari yang lepas ! ohhh cop cop cop , dengar baik baik tau

Seriously I don't know how to describe my feeling right now , yesss i'm confius , chingggggggggggggg!!! Not confius yang bengkok tu lah nyah! maksud mak kat sini perasaan mak bercampur baur , ada paham? HAHA

Pernah tak kau rasa sesesuatu yang secara "TIBA-TIBA" bila melihat ciptaan tuhan? mean sesuatu rasa yang lain dari yang lain? kau macam kagum gila tengok dia? pernah tak berlaku? pernah ? yesss that my problem actually ! tetiba aku pelik kenapa aku suka sangat tengok muka dia ? takkan jatuh cinta? oh hell no wayyy!!! lambat lagi . orang tua2 cakap kalau nak menggatal bercinta kena kumpul duit banyak2 then bina kerjaya yang kukuh baru layak nak pinang anak orang kalau tak ?????? azab hidup kau! nak kasi anak orang makan pokok bunga ? minum air paip? Haaaaaa aku saja je bergurau tau, korang jangan pulak terasa lebih ye, korang nak tengok tak siapa orang yang aku suka sangat tengok muka dia haaaa meh datang dekat cepattt!



Benedick Cumberbatch 

Pergh serious cakap, kalau korang rajin la, pergi search nama dia dekat wikipedia, tengok latar belakang dia yang hebat. Serious laaa macam gentleman kan :) Hoho terpikat dengan dia sejak tengok Sherlock Holmes dekat AXN, then abah ada la download episod Sherlock tu, selalu sangat tengok sampai dah terpikat haaaaaa



Waktu kini.
at 1:07 AM
Tiap waktu ku memikirkan dirimu

setiap hari ku dingin kaku
tiap nafas aku helakan
hanya untuk menunggu dirimu

Aku menangis bila
mengenangkan masa silam
dan terus menangis
ketika menunggumu

Ku mengharap cinta tiada dalam duka
kerna bukan ini yang aku mahukan
ku ingin kau tahu yang aku terseksa
menanti mu hanya dirimu

Kekasih hadirlah dirimu
untuk kesekian kali ini
ku berdiri sendiri di sini
bukan kerana terpaksa

Berikanlah
keputusan buat kita
jangan biar cinta kita begini.



Kau dapat berapa hah ?
Friday, March 21, 2014 at 12:19 AM
Hai hui whatsupppp! Assalamualaikum.
So semua orang tau, semalam SPM result keluar
Semua orang tahu yang ramai pelajar yang dapat banyak A dan..
Semua orang tahu yang ramai pelajar yang dapat banyak F kannn
Hahahaha okay Yasirah hanya bergurau. Hahahaha kowt ...

Jadi seperti senior senior yang lain, diriku ini ingai sahaja menyibuk nak mengintai result adik adik ni hah. Walaupun umur hanya beza bulan, tapi tahun lain, so kira adik laa kan :) Hahaha so pagi tu, macam biasa laa pagi pagi kita dengar dulu, bukak telinga besar besar dengan Pengetua membebel, itu tak kena, ini tak kena. Yang aku tak tahan tu, ada ke patut dia cakap "Pelajar tak boleh berkeliaran apabila cikgu tiada dalam kelas!" Hoho come on cikgu, ni result SPM kowt, mesti la nak jumpa kawan kawan lama semua, kita ni berkawan tak semuanya umur sebaya, ada jugak yang tua dan muda. So sebagai kawan, mesti la nak tengok kawan kita tu berjaya ke lingkup ke kan. Haishhh itu pun tak boleh paham ke cikgu yang comel oi ? Hahahaha

Tapi seperti pelajar yang lain, kedegilan membuatkan aku lebih gembira haha. Lepas je habis rehat pada pukul 10.30 pagi, aku pun nak cari jalan supaya taknak masuk ke kelas, alaaa biasa laa kan pelajar. Kau pun buat perkara yang sama kan ? Eh kau jangan nak geleng kepala tak mengaku eh! Aku sekeh kau kang. Hahahaha dipendekkan cerita, nasib baik tiba tiba Puan Zuraidah suruh pegang camera then tangkap gambar, hahaha jadi semalam aku telah menjadi photographer tak bertauliah hahaha apalagi ronda ronda satu sekolah sebab nak tangkap gambar junior junior yang nak ambik result SPM tu hahaha. Alhamdulillah dapat jugak la jumpa dengan kawan kawan lama, huishhh rindu semua diorang, walaupun mereka muda sikit daripada diri ini, tapi kita semua macam member.

Dalam masa tengah tangkap gambar tu, situasi ini berlaku hehe

Janna : Bahhhh *dia kejutkan dari belakang*
Yasirah : Oiiii *sumpah terkejut*
Janna : Yasirahhhh
Yasirah : Haaaaa jannaaaaa
Janna : Hehehe
Yasirah : Kau takda baju lain ke nak pakai selain baju PLKN ni ?
Janna : HAHAHA biarlahh *jalan sambil ada seorang lelaki mengekori*
Yasirah : Ehh Janna, tu ayah kau eh ?
Janna : A'ah, handsome kan ?
Yasirah : A'ah laa handsome la uncle *aku cakap dengan ayah Janna*
Ayah Janna : *senyummmm je* Mungkin dia kembang aku puji hehe

Haaaa macam tu la ceritanya bila dah lama tak jumpa "vitamin z" Hahahaa jangan tanya la kenapa aku panggil dia vitamin z, sebab dia tu gila sikit hahaha. Happy jugak bila dia dapat result sama macam Yasirah :) Kira ada geng la ni :) Senang cerita, banyak jugak la yang Yasirah skodeng result dia, ada yang BEST gila, semua A+ -,- macam mana la dia belajar kan hahaha

--------------------------------------------------------------------------------------

Apa apa pun Yasirah nak ucapkan Tahniah bagi semua yang berjaya ataupun dapat capai target dalam SPM, bagi yang tak berjaya, jangan risau, SPM bukan penentu segalanya, usaha kena ditingkatkan, dan yang paling penting, jangan pernah berhenti belajar. Sekian babai semua. Assalamualaikum :)



Kempunan lagi..
Wednesday, March 19, 2014 at 1:17 PM
Assalamualaikum

Nak tau tak, azam baru aku untuk tahun ni ? Haaa azam aku nak dapat Sijil Kehadiran Penuh. So, aku kenalah datang sekolah tiap-tiap hari, jadi pelajar yang rajin gila, kalau boleh aku nak buat rumah betul-betul depan sekolah, biar aku senang nak pergi sekolah, haaa kalau bosan boleh terus lompat balik rumah. Hahaha kan seronok macam tu. Aku punya laa nak sangat kehadiran penuh sampai sanggup buat apa apa saja. Sebab seumur hidup aku, aku tak pernah merasa dapat sijil tu, aku tak pernah tak cuti la senang cerita.

Tapi hari ni, aku dah patah hati, hari ni aku terpaksa cuti sebab demam secara tiba-tiba, haishhh aku sedih wehh, tahun ni dah la tahun last, hmmm kempunan la aku nak dapat sijil tu hmmm ni yang aku rasa nak touching dengan mama ni. Hmmm hah ? Kenapa aku nak touching dengan mama ? Okay okay nak aku cerita ke ? Korang betul nak dengar ni ? Haaaaaa macam ni, pagi tadi aku dah cantik dah, badan aku tak panas, perut aku tak meragam. Tup tup mama cakap "Kakak, tak payah pergi sekolah" Hmmm abah pun cakap perkara yang sama, aku dah rasa nak menangis. Pagi tadi aku dok terpikir je sama ada nak datang sekolah atau duduk rumah. So aku dengan tak berapa nak rela, aku duduk la rumah. Sebab terlalu bosan, aku pun bukak la blog.




Rezeki itu satu ujian
Monday, March 10, 2014 at 3:11 PM
Alhamdulillah....
Satu ucapan yang sering dilupakan ketika kesenangan datang bertandang
Satu perkataan yang hilang ketika kegembiraan menguasai diri
Kadang kala kita sampai lupa untuk menyebutnya
sehingga nikmat itu sentiasa datang tanpa henti

Tetapi bila satu ujian mula mendatang
kita mula mengelabah
kita mula resah
hidup menjadi gelisah
baru sibuk mencari maha pencipta

itulah kehidupan
saat rezeki dihidangkan dihadapan mata
saat nikmat dilimpahkan setiap masa
tiada kesyukuran yang disebut
hilang terus kerendahan diri didalam hati
kita terus leka dibuai keindahan kenikmatan yang tidak tentu pnghujungnya

semoga kita semua terhindar dari seperti itu
#Deep se deep deepnya untuk awak semua.



MANA KAPAL SELAM KITA ?
Sunday, March 9, 2014 at 9:21 AM

Negara Singapura melalui Menteri Pertahanannya Ng Eng Hen malam tadi telah mengeluarkan kenyataan berjanji akan menghantar kapal selamnya untuk membantu misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang di laporkan hilang semasa penerbangan dari KLIA menuju Beijing awal pagi semalam.

"We have this vessel whic is equipped to perform underwater searches and can assist in these search and locate operations, and it also have divers on the vessel"

Begitu sekali kesungguhan dan keikhlasan negara Singapura menghulurkan bantuan kepada negara kita dakam keadaan yang amat memerlukan bantuan ketika ini.

Tapi nak tanya juga .. bukankah negara kita ada dua buah kapal selam ????? Mengapa tidak kedengaran langsung sehingga kini kedua dua kapal selam berikut akan turut dikerah untuk membantu misi mencari dan menyelamat MH370 ??????
 Masa ini lah terbaik untuk menggunakannya, buktikan kepada rakyat pembelian kedua buah kapal selam berkenaan amat tepat dan berbaloi  ?????


----------------------------------------------------------------------------------------

Apa-apa pun kita adoakan yang terbaik buat semua tak kira laa yang ingin diselamatkan mahupun yang pergi menyelamat. Sekian Nuryasirah :) Hihi




Kepadanya kita semua akan kembali
Thursday, March 6, 2014 at 8:43 PM
Aku mati sebagai mineral
dan menjelma sebagai tumbuhan,
aku mati sebagai tumbuhan
dan lahir kembali sebagai binatang.
Aku mati sebagai binatang dan kini manusia.
Kenapa aku harus takut?
Maut tidak pernah mengurangi sesuatu dari diriku.

Sekali lagi,
aku masih harus mati sebagai manusia,
dan lahir di alam para malaikat.
Bahkan setelah menjelma sebagai malaikat,
aku masih harus mati lagi;
Karena, kecuali Tuhan,
tidak ada sesuatu yang kekal abadi.

Setelah kelahiranku sebagai malaikat,
aku masih akan menjelma lagi
dalam bentuk yang tak kupahami.
Ah, biarkan diriku lenyap,
memasuki kekosongan, kasunyataan
Karena hanya dalam kasunyataan itu
terdengar nyanyian mulia

“KepadaNya, kita semua akan kembali”
Jalaluddin Rumi

-------------------------------------------------------

Perginya En. Haza'ari hari ini adalah sesuatu yang kita tak dapat duga, kesedihan bagi setiap yang mengenalinya, kesunyian yang akan bakal dirasai, tanpa seorang yang ceria ini. Tiada lagi seorang guru yang sangat penyayang, sangat disenangi anak muridnya. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman. Al-Fatihah





Nukilan
Monday, March 3, 2014 at 10:54 AM
Ahhh duniaaa...
Sampai bila-bila pun aku tidak akan habis mengejar kamu
Semakin aku kejar, semakin jauh kamu membawa aku
Aku terus hanyut dan leka kerana kamu
Aku terus terbuai dengan keindahan pandangan kamu
Keseronokkan dan kegembiraan yang sering kali diimpikan oleh setiap manusia
Siang dan malam memerah keringat hanya untuk mendapatkan keseronkkan 

dari kamu walaupun hanya seketika

Ahhh dunia...
Kadang kala aku rasa seperti tidak mahu melepaskannya
Aku ingin bersama-sama dengan kamu sentiasa
Suka duka ingin dikongsi bersama
Tapi apakan daya
Kamu hanya sementara bagi diriku
Kita tidak boleh bersama-sama selamanya

Ahhh dunia...
Kerana kamu aku terleka
Kerana kamu aku terbuai dengna mimpi-mimpi yang indah
Kerana kamu aku hanyut dipenuhi dosa-dosa
Menempuhi hidup tanpa arah tujuan
Hanya ingin mengejar keseronkkan bersama kamu
Yang tidak pernah menyedarkan aku
Yang tidak pernah menghalang aku
Itulah dunia..
Dunia..dunia..dunia....






← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by yasiraashaari
Do you know ?Honesty is the best policy in life