NETWORK





RECENT STORIES

MONTHLY ARCHIVE



BLOGLOVIES






Jalan Jalan : Pusing Johor
Tuesday, February 4, 2014 at 1:07 PM
Assalamualaikum semua. Haa macam mana cuti ? Cukup tak ?
Sebab ada sesetengah sekolah, dia cuti 5 hari je, ada jugak 6 hari
Haaa mesti korang dah mula rindu sekolah kan ? Kowt ..
Hahahaha cuti ada pergi mana mana ? Ke duduk rumah je ?
Yelaa kan homework cikgu bagi macam sebulan cuti hahahaha

So dipendekkan cerita, Yasirah baru je balik dari Johor malam tadi baru sampai, hahaha 3 hari 2 malam je pun, sekejap je, tapi serious padat dengan aktiviti, apa apa pun thanks to abah yang sanggup bawak anak anak dia yang nak sangat jalan jalan, dah tak larat asyik duduk rumah je hahahaha

1 Februari 2014
Sebenarnya plan abah nak bertolak pukul 4.30 pagi, tapi tidur terbabas sampai 6 pagi baru bangun, haaa siap siap pukul 11 pagi macam tu baru bertolak, haaa kemain lama kaw bersiap. Hahahaha so perjalanan yang diambil selama 5 jam rasanya, sebab traffic sesak gila. Hmm paham paham jelaa bila dah CUTI ni kan, semua orang nak keluar bercuti. Sampai dekat Batu Pahat, Johor , terus makan, mak ai lapar gila duduk dalam kereta dengan jam nya lagi. Then cari hotel sampai pukul 7.30 malam baru dapat, fuhh lama gila sebab abah tak berapa paham jalan dia dan semua hotel FULL! Tapi akhirnya ada jugak la hotel. Oleh sebab semua orang penat, malam tu kitorang takda la jejalan mana-mana terus tidur je. Hahahaha 

2 Februari 2014
Pagi dalam pukul 9 pagi, kitorang check-out. Abah ajak pergi tempat tinggalan dan kenapa dekat situ dipanggil "Batu Pahat" hahaha belajar sejarah kejap.





Then lepas tu , abah bawak makan Nasi Briyani Gam yang paling sedap dekat Batu Pahat tu. Perghhhhh sedap gila ! Tak pernah makan Nasi Briyani sesedap tu. Yasirah patut syorkan pada korang semua ni. 

Muka abah dengan mama kelakar haha
Hahaha lepas je makan, kami teruskan perjalanan ke Tanjung Piai, iaitu Penghujung Selatan Tanah Besar Asia. Tangkap la gambar semua dan masuk Taman Negara yang ada dekat sana, satu pengalaman yang menarik bila terpaksa angkat kaki seluar meredah air pantai . Hahaha seterusnya makan la, lapar kowt. 
















Lepas makan, kami teruskan perjalanan ke Johor Bharu! Tempat yang sebenarnya ingin dituju hehehe 


Sampai je terus cari Hotel, sebab masa tu dah nak dekat pukul 6 petang, dapat je hotel, siap siap mandi makan terus pergi Danga Bay. Fuhhh tak sangka dekat sana ada FunFair, hahaha memang kitorang main laa nampak gayanya, siap sewa basikat untuk 6 orang duduk, harga RM 39 untuk 45 minit, hmm memang rasa kejap je, tapi korang kena kayuh dan ia menyebabkan kaki Yasirah sakit sampai sekarang ni hmmm sedih ni :( Tapi takpa, yang penting semua orang seronok :) Balik dari Danga Bay dalam pukul 12 tengah malam, balik hotel tidur la jawabnya.















3 Februari 2014
Hari ketiga, ataupun hari terakhir, bangun je pagi siap siap check-out, abah bawak pusing Johor Bharu, hmm agak besar jugak la, yang paling menyampah sebab JB banyak sangat jambatan, banyak sangat! Nasib baik ada GPS yang banyak membantu. Lepas habis je ronda ronda, abah bawak ke Tangkak, Johor sebab mama nak shopping guys. Yasirah pun dah shopping sekali. Hahaha dekat sana kain untuk Baju Kurung memang banyak. Dlam masa yang sama, abah dapat jumpa sahabat dia yang dah 24 tahun tak jumpa, hahaha Yasirah memang tak kenal. Habis je shopping terus pergi Gunung Ledang! Yeayyy mandi Air Terjun Gunung Ledang, hmm seronok tak terkata dengan pelbagai benda yang jadi hahaha dan seterusnya balik ke Klang sampai rumah dalam pukul 8 malam lebih rasanya :) Hahaha itu la serba sedikit ceritanya. 


Thanks bagi yang meluahkan masa baca ni
Sekian. Assalamualaikum. Babai.






← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by yasiraashaari
Do you know ?Honesty is the best policy in life