NETWORK





RECENT STORIES

MONTHLY ARCHIVE



BLOGLOVIES






Tunggul.
Friday, January 17, 2014 at 2:34 PM
Semua ni berlaku sekelip mata 
tanpa kita sedari, kita berada di dalamnya
dalam sesuatu yang kadang kadang bercahaya
dan selalu dalam kegelapan
aku hanya seorang insan biasa
yang hanya tahu menangis bila ditimpa kesusahan
yang hanya tahu ketawa bila gembira
yang hanya tahu marah bila emosi melanda
kerana sememengnya aku bukan tunggul
aku melihat semuanya
aku mendengar semuanya
aku merasa apa yang patut aku rasa

Semua ni bukan apa yang aku kehendaki
tapi aku suka gaya hidup ini
walaupun kadang kadang aku rasa
risau, keliru, takut atas semua ini
tapi aku perlu berjalan selagi ia tak berhenti
selagi udara masuk dan keluar
selagi semuanya masih berfungsi

Aku perlu menikmati semua ini
aku sangat perlu menikmati semua ini
walaupun aku tahu semua ini takkan kekal lama
semuanya akan berakhir
esok, lusa, tulat entah bila lagi
bulan dan bintang kekal menjadi saksi
aku cuma hanya akan terpaku bila ia berakhir
takkan jatuh, takkan aku melutut kesedihan
kerana aku hanya menunggu masa
untuk semua berakhir

Aku tak pandai berpuisi, tak pandai bersajak, tak pandai berpantun apatah lagi bergurindam, hanya sebuah puisi yang bermain di minda pada waktu ini. Yasirah.






← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by yasiraashaari
Do you know ?Honesty is the best policy in life