NETWORK





RECENT STORIES

MONTHLY ARCHIVE



BLOGLOVIES






Tanda Awal Bakal Ditinggal Kekasih
Sunday, October 20, 2013 at 4:37 PM
Assalamualaikum , Hi semua :) Sihat ? Dah makan ? Dah mandi ? Hahaha okay pada kali ni, Yaisrah nak cerita pasal ~~ Haaa baca tulisan yang besar dekat bawh tu ! Haaaa itu laa dia benda yang nak Yasirah gosipkan dengan awak semua :)

Bukan semua percintaan akan berakhir dengan kegembiraan seperti yang diangankan. Kalau tidak, masakan ramai yang frust menonggeng kat luar tu. Korang pernah tak di tinggalkan kekasih? Bagi sesiapa yang belum tu bolehlah mengangkat tangan tanda syukur tapi yang dah pernah laluinya, bagaimana pulak? Melukakan hati kan? Tak percaya? Tanya pada sesiapa yang ada pengalaman. Silap hari bulan ada yang serik nak bercinta. Hidup solo lagi bagus :)

Apa-apa pun setiap hubungan mesti ada pasang dan surutnya. Tapi kalau asyik surut je. Korang dalam bahaya tu.. Kali ini Yasirah akan bagi korang beberapa tip tanda-tanda awal yang orang tersayang nak meninggalkan anda. Sila-silakan la baca ye :)



1. Bila nak ajak keluar dating, macam-macam alasan yang dia beri. Tak sihatlah, mak ajak keluar makan la, jiran dia kena culik la. Pendek kata 1001 alasan dia beri pada anda dan sesetengahnya tu pula, alasan memang tak masuk akal langsung. Jadi tak reti-reti lagi?

2. Masa tengah hangat bercinta dulu bukan main romantik lagi, mulut tak pernah lekang dengan ungkapan sayang, rindu, cinta dan sebagainya. Lepas tu pulak kalau membahasakan diri mesti guna perkataan yang manis, manja seperti sayang, baby, honey, darling dan yang seangkatan dengannya. Tup-tup sekarang ni dah bertukar pulak. Kadang-kadang terdengar dia bahasakan diri “gua lu” je. Lagi best kalau tiba-tiba kita dengar dia panggil “woi!” je. Tu memang dah bengang la dengan lu la tu. hahaha angkat kaki la apa lagi.

3. Gambar awak tidak lagi menjadi salah satu barang berharga dalam dompetnya atau di meja bilik tidurnya. Lagi teruk bila gambar yang pernah awak beri pada dia tu, awak jumpa di bawah katil, dalam bonet kereta atau tengah lelong kat Mudah.my. haha. Pendek kata merata-rata la dia letak.

4. Bila keluar dating, dia mula buat muka. Jadi pendiam tak banyak cakap, tidak ceria dan tak bersemangat. Lebih banyak menggunakan isyarat angguk dan geleng saja bila ditanya. Kerjanya kejap-kejap asyik tengok jam di tangan. Selalu nampak cemas dan gelisah. Lepas tu kalau dating tak suka di tempat yang tersorok dan jarang menjadi tumpuan. Haaaa ada makna tu.

5. Tangannya tetap tak lekang dengan handphone, kejap-kejap tup tap tup tap layan SMS. Lepas tu pulak kalau kita nak tengok handphone dia, macam-macam alasan dia kasi. Baginya handphone tu dah macam nyawanya sendiri. Bergaduh bagai nak rak pun tak apa, janji handphone dia tak jatuh ke tangan korang.

6. Waktu yang paling best baginya ialah bila tak keluar dating dengan anda. Waktu tu personalitinya terus berubah daripada seorang yang pendiam kepada seorang yang periang. Baginya hari-hari tanpa awak di sisi adalah heaven yang teramat sangat. Mungkin.

7. Topik yang selalu dielakkan bila bersembang dengan awak ialah topik cinta dan cerita tentang perancangan bersama di masa hadapan. Pantang buka cerita itu saja, terus saja dia tukar topik lain. Tidak pun, dia buat-buat busy, baca paper ke, tengok TV ke, tengok kucing ke, tengok langit ke dan seangkatan dengannya,

8. Tiba-tiba je akhir-akhir ni dia selalu sangat bercerita tentang keburukan dirinya pada awak. Cerita tu pula semuanya cerita baru yang awak langsung tak pernah dengar sebelum ni. Lepas tu ada penambahan skrip kononnya dia ada penyakit yang tak boleh dirawat dan sebagainya. Ayat wajib yang dia kan kata ialah “Awak carilah orang lain sebagai pengganti saya, kerana saya tak nak menghampakan awak di kemudian hari”.

9. Kalau dulu boleh bergayut di telefon sampai sejam lamanya tapi kini dan lain. Baru bercakap lima saat, dia dah mula buat alasan untuk hentikan perbualan. macam-macam alasan dia beri, jiran sebelah rumah datanglah, adik menangis mintak susulah, nak kena beri makan kucinglah, kena angkat kain di jemuranlah, pendek kata ada je idea dia. Hmmmm.. jadi, apa cer ni?

10. Suka cerita kosong je tak bercerita tentang kelebihan dan kehebatan teman-teman lelakinya yang lain. Sebenarnya kalau setakat apa, tapi ada kalanya dia sengaja buat perbandingan dengan awak, hinggakan ada ketikanya anda berasa begitu kerdil dan langsung tidak dihargai.

P/s: Mungkin ada yang betul, mungkin tidak, bergantung kepada situasi dan keadaan kekasih korang. Kalau dia betul-betul sakit macam mana ? Seperti yang Yasirah cakap, ia bergantung pada situasi. Jangan pulak korang menuduh tanpa bukti k :) Walaupun bab cinta ni, Yasirah tak pro tapi ini hanyalah tanda-tanda yang pernah dilalui berdasarkan pengalaman ramai orang. 


---------------------------------------------------------------------------------------------

Cuma satu je Yasirah nak pesan ~
  "Tak semua benda kita tahu pasal dia, Tak semua benda dia akan cerita, "
"Semua manusia buat kesilapan"
Assalamualaiku, Byeee ~ 






← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by yasiraashaari
Do you know ?Honesty is the best policy in life