NETWORK





RECENT STORIES

MONTHLY ARCHIVE



BLOGLOVIES






Aku mengalah !
Tuesday, August 27, 2013 at 2:17 PM

Bukan semua perkara akan kita laksana. bukan semua perkara akan kita dapat. bukan semua perkara harus ikut telunjuk sendiri. bukan semua perkara terlalu mengikut telunjuk orang lain. sebab itu perlunya tolak ansur dalam semua perkara yang di lakukan.

Ok, memang lah kita perlu mengalah untuk sesetengah perkara. tapi, kita ada hak untuk mempertahankan kemahuan atas alasan, itu adalah milik kita. milik mutlak. bukan milik orang lain bahkan bukan milik orang perlu kita mengalah sekejap tadi. hmm, ayat Yasirah dah tunggang langgang. bukan apa, bila sebut pasal hak, pasal harta milik sendiri, isu sensitif la jugak.


Kurang senang bila orang lain nak atur hak milik kita. sudah terang terang itu hak milik mutlak kita. kalau nak di ikutkan kata hati, mahu saja ikut kehendak sendiri. tapi bila di fikir, salah seorang harus mengalah. kan?


Mengalah untuk kebaikan bersama. walaupun hati tak rela..

Mengalah selagi mampu bertahan 
 
Puaskan saja hatinya. Jangan biar dia berfikiran buruk. Walaupun hati sendiri terluka. kelak pasti ada hikmahnya.


-----------------------------------------------------

p/s: Nak pinjam barang atau harta orang tu tak salah, tapi biarlah dengan keizinan tuannya dulu, jangan nak pakai bedal je barang orang :) Kita pun tak suka kan kalau barang kita diambil orang ? So fikir fikirkan laa :) Bye, Assalamualaikum :)






← O L D E R P O S T
N E W E R P O S T →






© 2013 - Layout created by yasiraashaari
Do you know ?Honesty is the best policy in life